NegeriTerengganu

PAS Boleh Bergerak Solo

KUALA TERENGGANU – Seorang bekas Ahli Umno yang telah menyertai PAS yakin, harakah umat itu mampu bergerak secara solo tanpa perlu bergabung dengan mana-mana pihak.

Tengku Afzal bin Tengku Hamzah yang juga seorang Pempengaruh berpendapat, PAS mempunyai kekuatan tersendiri yang unik, akan terus relevan dalam landskap politik negara.

Berbanding dengan parti lamanya, kata beliau Yang dikenali sebagai ‘YB Jai’, Umno sering ‘berbolak balik’.

“Hari ini kenyataan Umno lain pula, kelmarin lain, hari ini lain pula, macam tiada persetujuan dengan pihak Umno,

“hak ni cakap nak bersama PAS pahtu ‘Mahusin tahi lalat’ pula berkata tegas tak nak bersama dengan PAS.

“Tak ada masalah, PAS boleh bergerak secara solo. Senang-senang tak yah gabung. PAS boleh bergerak secara solo,” jelasnya dalam laman sosialnya.

Beliau turut menyatakan rasa bangga terhadap PAS, khususnya apabila nama parti itu sering disebut-sebut semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU), yang menurutnya, menunjukkan pengaruh dan kekuatan parti semakin diakui pihak lawan.

“Saya bangga sebab PAS disebut di muncung mulut Umno. Dekat Perhimpunan Umno PWTC disebut-sebut. Kiranya PAS hebat, Orang Umno gentar dengan PAS,” ujarnya.

“Disebut PAS di perhimpunan mereka sendiri menunjukkan PAS hebat dan menjadi perhatian. Ini satu pengiktirafan tidak langsung terhadap kekuatan PAS,” katanya lagi.

YB Jai menegaskan, yang paling penting adalah PAS kekal berpegang teguh kepada prinsip perjuangan, istiqamah membela Islam dan rakyat, dan tidak menggadaikan prinsip hanya demi kerjasama politik jangka pendek.

YB Jai serah 30 borang permohonan keahlian PAS kepada AJK PAS Kuala Terengganu, Azizah Mahmood

“Kita kabor doh demi bangsa melayu Islam kita bergabung kalau tak nak bergabung tiada masalah,

“Takut benda hak ini kabor gini, hak ni ada agenda gini (berbeza pendapat),” katanya.

Beliau berpandangan, dan bersetuju dengan langkah “pecah telur Rozi Mamat” mahu memulakan kerjasama baharu sekiranya benar-benar bertujuan memperjuangkan kepentingan Islam dan bangsa Melayu.

Beliau berharap dengan kerjasama ‘bersyarat’ tersebut, perpaduan Yang didambakan umat menjadi realiti.

“Saya setuju sekiranya Umno bergabung dengan PAS demi Islam dan bangsa Melayu, tetapi mesti ada syarat-syarat yang jelas,” jelasnya pada videonya berapa lari lalu.

Menurut beliau, syarat utama ialah Umno perlu keluar daripada gabungan kerajaan sedia ada sebelum sebarang kerjasama dengan PAS dapat direalisasikan.

“Pada pandangan saya, kalau nak bergabung tiada masalah, tetapi Umno mesti keluar daripada kerajaan sekarang. Barulah boleh berbincang soal gabungan,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, PAS telah membuktikan keupayaannya bukan sekadar sebagai sebuah parti politik, sebaliknya sebuah gerakan konsisten, membawa agenda pentadbiran berteraskan Islam, integriti, kebajikan rakyat serta kestabilan negara.

Menurutnya, sebagai parti teras dalam Perikatan Nasional (PN), PAS memainkan peranan penting dalam memastikan hala tuju politik negara kekal jujur, bersih dan berpaksikan kepentingan rakyat, bukan didorong oleh kepentingan individu atau kelompok tertentu.

YB Jai turut merujuk rekod pentadbiran PAS di negeri-negeri yang diterajui parti itu, yang disifatkan menunjukkan kestabilan politik, kemajuan ekonomi, kecekapan tadbir urus serta kesejahteraan rakyat.

“Saya yakin PAS bukan sahaja layak, bahkan bersedia untuk terus menjadi teras dalam Perikatan Nasional pada masa hadapan. PAS membawa politik matang, sejahtera dan berprinsip satu keperluan besar dalam suasana politik negara hari ini,” jelas beliau.

Tambah beliau, politik matang, sejahtera dan berprinsip yang dibawa PAS merupakan satu keperluan besar dalam suasana politik negara yang semakin mencabar ketika ini.

PAS masih berpegang dengan janji “Piagam Muafakat Nasional”

“Insya-Allah, dengan sokongan rakyat, komitmen padu pimpinan dan kesatuan dalam PN, PAS akan terus memimpin gabungan ini ke arah masa depan yang lebih sejahtera, bermaruah dan diberkati untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Selain itu, katanya, perpaduan orang Melayu Islam di Terengganu dan di peringkat nasional kini berada pada tahap yang membimbangkan dan memerlukan perhatian serius semua pihak.

“walaupun masyarakat Melayu Islam di Terengganu masih kukuh dari segi pegangan agama dan budaya, perbezaan fahaman politik telah mewujudkan jurang, prasangka serta ketegangan yang tidak sihat dalam kalangan rakyat.

“Pada pandangan saya berhubung Muafakat Nasional (MN), perpaduan Melayu Islam retak kerana perbezaan politik kadangkala merenggangkan hubungan sesama masyarakat,” katanya.

Jika keadaan ini berterusan, katanya, ia boleh melemahkan kedudukan orang Melayu Islam dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Tengku Afzal bin Tengku Hamzah aka YB Jai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️