NegeriTerengganu

Jati Diri Tarbawi Teras Kepimpinan Siyasah Islam

KUALA TERENGGANU – Kepentingan membina jati diri tarbawi dikenal pasti sebagai isu paling penting dalam memastikan kepimpinan dan gerak kerja siyasah Islam kekal berintegriti, matang dan berprinsip dalam mendepani realiti politik kontemporari yang semakin kompleks.

Timbalan Pengerusi Lajnah Tarnish PAS Pusat, YB Ustaz Sallehen Mukhyi berkata, keikhlasan, hikmah dan keberanian berprinsip merupakan tiga teras utama yang saling melengkapi dalam membentuk kepimpinan serta gerak kerja politik Islam yang berlandaskan nilai perjuangan sebenar.

“Ketiga-tiga elemen ini tidak boleh berdiri secara terpisah; keikhlasan tanpa hikmah boleh melahirkan kegopohan, hikmah tanpa keberanian boleh menatijahkan kompromi berlebihan, manakala keberanian tanpa tarbiyah berisiko mencetuskan perpecahan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Liqa Fikri PAS Terengganu, di sini pads Sabtu, 17 Januari

Beliau menegaskan bahawa pembinaan jati diri tarbawi bukan sekadar pilihan sampingan, sebaliknya satu keperluan asas dan tuntutan syarie bagi memastikan penglibatan dalam politik benar-benar berfungsi sebagai wasilah dakwah dan ibadah.

Jelasnya, jati diri tarbawi merangkumi pembentukan peribadi Muslim secara menyeluruh meliputi aspek akidah, akhlak, fikrah dan amal.

“Sekali gus melahirkan individu yang jelas manhajnya, taat kepada keputusan jamaah, berdisiplin dalam amal jama’i dan mengekalkan hubungan kukuh dengan Allah SWT,” ujar beliau.

Beliau menegaskan bahawa pembinaan individu merupakan asas kebangkitan umat dan medan siyasah tidak boleh dipisahkan sama sekali daripada tarbiyah serta dakwah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️