GENCATAN senjata yang diterima oleh Zionis Israel bukan bertujuan perdamaian, tetapi merupakan peluang untuk meneguhkan penaklukan dengan lebih kukuh dan meluaskan wilayahnya di bumi Arab, bukan sahaja Palestin. Inilah perjuangan Zionis yang sebenar ke arah menegakkan Negara Agung Israel (The Greater Israel) yang diisytiharkan secara terbuka kepada umum oleh kumpulan pelampau yang menguasai kerajaan Israel.
Israel terus menyerang Gaza bertubi-tubi, malah bertindak ganas di Tebing Barat dan menceroboh Masjid al-Aqsa, walaupun telah menerima gencatan senjata.
Hanya pihak Palestin sahaja yang menghormatinya dengan tidak bertindak menyerang balas, tetapi mereka terus bersabar walaupun ramai yang sudah menjadi korban senjata ganas dan menghadapi sekatan dalam mendapatkan kemudahan hidup, khususnya makanan dan perubatan. Sekatan ini tetap diteruskan oleh pihak Zionis Israel tanpa mempedulikan syarat gencatan senjata dan bantahan masyarakat antarabangsa.
Bala tentera Israel tetap bertapak di tempatnya yang dikuasai di Gaza tanpa berundur. Mereka juga membuat kenyataan secara terbuka mahu menjadikan tempat itu sempadan yang dikuasainya, walaupun disyaratkan berundur semasa proses gencatan senjata.
Malah, langkah telah diambil bagi mengeluarkan penduduk Gaza secara paksa dengan membuka sempadan oleh sebelah pihak sahaja, tetapi ditutup di pihak Israel. Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh kalangan pemimpinnya, hal ini merupakan persediaan untuk meluaskan penempatan kaum Yahudi.
Di Tebing Barat pula, Israel bertindak merampas atau merobohkan rumah rakyat Palestin dan memusnahkan kebun buah zaitun yang menjadi sumber kehidupan penduduk sejak zaman-berzaman selama beberapa generasi.
Kemudian, terus dibina penempatan baharu kaum Yahudi yang dibawa masuk dari luar. Mereka diberikan perlindungan sekalipun mereka bertindak ganas secara bersenjata terhadap rakyat Palestin, termasuklah merampas kediaman, tempat perniagaan, kebun dan kenderaan.
Adapun golongan pelampau Yahudi terus menceroboh Masjid al-Aqsa secara ganas dengan perlindungan tentera dan polis Israel secara terbuka. Mereka melakukan upacara keagamaan di dalam masjid dan mengeluarkan kenyataan akan mendirikan Haikal Sulaiman (kuil besar agama Yahudi).
Kumpulan negara yang mendakwa bertindak sebagai pendamai, diketuai oleh Amerika Syarikat yang nyata berpihak kepada Israel, menyokong usaha melucutkan senjata Hamas dan kumpulan yang bersamanya, namun tidak menuntut perlucutan senjata Israel.
Bantahan masyarakat antarabangsa terhadap Israel kerana menyanggah ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak dipedulikan. Malah, keputusan PBB dibatalkan melalui kuasa veto Amerika Syarikat dan sekutunya.
Negara-negara Islam dan Arab yang menjadi anggotanya diarahkan supaya menerima cadangan Amerika Syarikat dan Israel. Bahkan, mereka tidak dibenarkan mengambil sebarang tindakan bagi membela Palestin, walaupun usaha telah dilakukan.
Cadangan ini mengusulkan supaya Gaza ditadbir oleh pihak yang boleh diterima oleh Israel dan ditolak oleh pihak Palestin. Sebaliknya, cadangan Palestin agar wilayah tersebut ditadbir oleh golongan teknokrat dalam kalangan rakyat Palestin masih ditangguhkan. Adapun cadangan penempatan tentera pengaman daripada pelbagai negara pula disyaratkan hanya melibatkan negara-negara yang diterima oleh Israel sahaja.
Pada masa yang sama, Amerika Syarikat dan sekutunya terus membekalkan senjata kepada Israel yang melampau keganasannya, sekali gus menunjukkan bahawa penjajahan masih diteruskan dan rakyat Palestin masih ketiadaan sebuah negara yang berdaulat. Tindakan mereka ini melampaui sempadan kemanusiaan yang mengancam keamanan dunia, bukan sahaja rantau Asia Barat.
Sifat mengkhianati perjanjian adalah perangai kaum Yahudi sejak zaman-berzaman, termasuklah perjanjian mereka dengan Allah dan para rasul. Maka, perjanjian dengan manusia biasa mestilah lebih rapuh dan mudah dimusnahkan. Firman Allah SWT:
Sejarah menunjukkan sifat ini sudah menjadi sifat tabii mereka terhadap para anbiya’ yang wajib dihormati. Hal ini demikian kerana, para anbiya’ ialah manusia pilihan Allah yang ditugaskan memimpin mereka. Firman Allah SWT:Perjanjian dalam kalangan mereka sendiri pun tidak dihormati, bagaimana boleh dipercayai perjanjian mereka dengan pihak lain?
Firman Allah SWT:
Allah menerangkan sifat mementingkan diri kaum Yahudi, termasuk sesama mereka sendiri daripada satu bangsa dan satu agama. Selain itu, Allah turut mendedahkan sikap mereka yang tidak mengenang budi walaupun dilayan dengan adil pada zaman Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT:Mereka mengkhianati Kerajaan ‘Uthmaniyyah yang telah memberi perlindungan kepada mereka yang dibunuh ketika kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol, malah kemudiannya turut terlibat dalam menjatuhkan Kerajaan ‘Uthmaniyyah.
Sikap istiqamah kumpulan Hamas dan kumpulan-kumpulan lain yang bersamanya wajib dihormati oleh negara Islam dan Arab tanpa mengecewakan, kerana negara-negara itu terus terpengaruh dengan Zionis dan sekutunya. Malangnya, ada daripada kalangan negara Islam dan Arab yang melakukan normalisasi dengan negara Israel yang ditubuhkan secara haram melalui penjajahan dan kezaliman yang melampau. Mengikut hukum Islam, mereka adalah musuh yang haram diiktiraf negaranya.
Zionis menerima perjanjian damai setelah berada dalam keadaan yang lemah. Hal ini disebabkan, mereka gagal mengalahkan Hamas yang bertahan di sempadan bumi yang kecil dalam terowong bawah tanah dengan persenjataan sederhana, walaupun dibelasah dengan serangan bertubi-tubi, termasuk serangan pemusnah yang lebih dahsyat daripada serangan ke atas Hiroshima dan Nagasaki yang telah mengalahkan kuasa besar Jerman dan Jepun dalam Perang Dunia Kedua dahulu.
Zionis dan sekutunya berhasrat meneruskan peperangan tanpa menghiraukan ancaman terhadap keamanan dunia seluruhnya. Hal ini boleh dilihat daripada sikap Zionis terhadap perdamaian dan gencatan senjata yang dimeterai, serta kegagalan melaksanakan peringkat pertama perjanjian yang dirancang oleh Donald Trump, khususnya usaha melucutkan senjata Hamas dan sekutunya seperti Hizbullah dan kumpulan Yaman, serta kepungan terhadap Republik Islam Iran yang menyokong kumpulan Islam itu secara terbuka.
Maka, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sebagai gabungan negara-negara Islam bersama Liga Arab perlu mengambil langkah proaktif untuk membina kekuatan sendiri melalui sumber dan tenaga manusianya sendiri, bagi mengembalikan kekuatan umat yang pernah mencapai kegemilangan dalam sejarah keemasannya.
Kekuatan inilah yang suatu ketika dahulu mampu memberi perlindungan kepada saudara seagama sehingga berjaya menamatkan kezaliman kuasa besar yang kelihatan kuat pada zahirnya, tetapi sebenarnya lemah sehingga memakan diri sendiri akibat kerakusan untuk berkuasa. Disebabkan itu, berlakunya kekacauan di seluruh dunia yang menjadi sebab kejatuhan semua kuasa besar dunia dalam sejarah purba dan moden.
Allah SWT mendedahkan kejahatan mereka melalui firman-Nya:
Kini, masyarakat antarabangsa mula menunjukkan sikap kemanusiaan menolak penjajahan dan pencerobohan melampau. Namun begitu, ada daripada kalangan negara Islam dan Arab yang bersikap muzabzab (ragu-ragu), sepertimana yang dinyatakan oleh firman Allah SWT:Kita menyaksikan pengaruh Zionis yang menggunakan kekayaan, media dan kekuatan tentera bersamanya, sudah terkoyak walaupun boleh menyerang seluruh pelosok dunia.
Langkah permusuhan Zionis dan sekutunya terhadap Islam mengharamkan negara Islam melakukan normalisasi dengan negara Zionis dengan dalil yang nyata daripada al-Quran dan Sunnah. Namun demikian, kita menghadapi OIC yang tidak bermaya menyahut seruan Allah bagi menyelamatkan umat Islam yang dizalimi dengan menyertai peperangan yang wajib, di samping Liga Arab yang mengecewakan jirannya yang terdekat kerana leka dengan kekayaannya.
Firman Allah SWT:
Tunggulah janji Allah SWT yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang tetap akan berlaku apabila tiba masanya, sepertimana sabda Baginda:ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 2 Rajab 1447 / 23 Disember 2025
[Bil: 91 / 2025] -
23/12/2025