NegeriTerengganu

Teruskan Bermunajat Memohon Pertolongan Allah

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT – Umat Islam diseru  agar terus bermunajat memohon pertolongan supaya umat Islam Uyghur terus dilindungi oleh Allah.

Ketua Urusan Ulamak (KUU) PAS Kawasan Besut, Ustaz Nik Roslan Mustafa berharap mereka tidak putus berdoa agar saudara seIslam seluruh dunia selamat daripada kekejaman musuh.

“Di saat ini umat Islam Uyghur terus ditindas dengan kejam oleh rejim China yang berfahaman Komunis di Xinjiang,” tegasnya.

Beliau yang berucap di Himpunan Aman Bantahan Kekejaman Rejim China terhadap Muslim Uyghur yang telah diadakan selepas solat Jumaat di Perkarangan Masjid Hadhari di sini pada 27 Disember.

Himpunan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut (DPPKB) bertujuan untuk menunjukkan solidariti dan bantahan kepada rejim China yang terus menerus menindas umat Islam Uyghur dengan kejam sekali.

“Kita duduk jauh dengan negara China, jadi senjata kita sebagai umat Islam hanyalah berdoa kepada Allah,” ujar Ustaz Nik Roslan lagi.

Turut hadir dalam himpunan ini ialah Ketua DPPKB, Hakim Zulfikri dan Setiausaha PAS Kawasan Besut, Salahudin Jaafar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️