Banyakkan Berdoa Dikala Gerhana
KUALA NERUS – Apabila melihat gerhana matahari, maka banyakkan berdoa kepada Allah.
Menurut Ketua Dewan Ulama PAS Kuala Nerus Ustaz Muzaihar Mustafa, nabi Muhammad SAW juga berpesan agar bertakbir dan dirikan solat, tatkala bertemu dengan fenonena tersebut.
“Dan bersedekah lah, kerana pada waktu itu sangat besar pahalanya,” jelas beliau.
Pengerusi MPKK Kampung Tok Jiring itu berkata demikian ketika menyampaikan khutbah selepas mendirikan solat sunat gerhana di maskid Jamek Tok Jiring di sini.
Seramai 50 orang ahli karyah telah bersama menunaikan solat sunat yang sangar dituntut itu.
Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi peringatan kepada umat Islam, kejadian gerhana matahari tiada kaitan dengan kejadian malang atau celaka sesuatu perkara.Sebaliknya, ia adalah satu keadaan yang berlaku sejak dahulu lagi, termasuk ketika zaman Rasulullah SAW.
Jelas JAKIM, ketika itu, secara kebetulan, putera baginda iaitu Ibrahim wafat dan ramai yang menyangka bahawa gerhana itu membawa maksud kesedihan hati Rasulullah.
“Oleh kerana itu, Rasulullah SAW bersabda (hadis riwayat Imam Muslim), Mafhumnya: Rasulullah SAW bersabda bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda-tanda kekuasaan Allah.
“Allah menakutkan hamba-hambaNya dengan perubahan matahari dan bulan, dan matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan mati seseorang dari kalangan manusia, maka apabila kamu melihat berlakunya suasana (gerhana), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan kelihatan semula bagi kamu,” katanya.
Peringatan itu dikeluarkan melalui khutbah khas gerhana matahari bertajuk Menggali Rahsia Keagungan Allah, selepas solat Zohor, hari ini.