Feqah Aulawiyyat (Keutamaan)
FEQAH Aulawiyyat bermaksud memilih keutamaan daripada beberapa pendekatan, apabila tidak ada pilihan yang lain melainkan memilih yang lebih membawa maslahah (yang terbaik dari segi kebaikan atau manfaat) dalam perkara agama dan dunia, di antara perkara-perkara yang disenaraikan semuanya baik.
Begitu juga dalam aspek menolak keburukan dengan memilih yang lebih ringan keburukan atau kurang mudaratnya, apabila tidak ada cara yang lain dalam perkara yang disenaraikan.
Mendahulukan sesuatu daripada dua aspek tersebut tanpa mengabai atau memandang remeh-temeh terhadap perkara yang dikemudiankan dengan berusaha melaksanakan semuanya dalam perkara yang mendatangkan kebaikan atau menolak semuanya dalam perkara yang buruk apabila keadaan dan kemampuannya berubah.
Contohnya dalam perkara yang disenaraikan dharuriyyat (keperluan) dalam kehidupan manusia, iaitu: menjaga agama, nyawa, akal, maruah, zuriat dan harta. Maka, hendaklah diutamakan mengikut tertib senarainya, sama ada dari aspek memilih yang terbaik atau yang paling kurang mudarat dan keburukannya.
Pendekatan ini membezakan Islam dengan ajaran yang lain, sama ada yang bersifat agama atau ideologi, kerana Islam meletakkan kewajipan menjaga agama dan mempertahankannya mendahului daripada yang lain.
Feqah Aulawiyyat berdalilkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Adapun daripada Al-Quran, firman Allah:
๏ดฟุฃูุฌูุนูููุชูู ู ุณูููุงููุฉู ุงููุญูุงุฌูู ููุนูู ูุงุฑูุฉู ุงููู ูุณูุฌูุฏู ุงููุญูุฑูุงู ู ููู ููู ุขู ููู ุจูุงูููููู ููุงููููููู ู ุงููุขุฎูุฑู ููุฌูุงููุฏู ููู ุณูุจูููู ุงูููููู ููุง ููุณูุชูููููู ุนูููุฏู ุงูููููู ููุงูููููู ููุง ููููุฏูู ุงููููููู ู ุงูุธููุงููู ูููููกูฉ๏ดพ [ุงูุชูุจุฉ: 19]
โAdakah kamu anggap hanya perbuatan (kebajikan) memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan memakmurkan Masjid Al-Haram (Makkah) itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Sebenarnya tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalimโ (Surah At-Taubah: 19)
Sebab turunnya ayat ini bagi menjawab kebanggaan kalangan masyarakat jahiliah Makkah yang menentang Islam, kerana mereka juga melakukan amalan kebajikan tersebut pada zaman jahiliah yang dikira juga sebagai kerja amal kebajikan. Namun pada masa sama, mereka menentang Islam dan penganutnya.
Ayat ini menunjukkan keutamaan mereka yang menjaga iman terlebih dahulu dengan mempertahankan Islam, menegakkannya sehingga berhijrah meninggalkan Makkah adalah lebih besar fadhilatnya dan hendaklah diutamakan daripada menjaga Masjid Makkah dan melayan jamaah haji pada zaman jahiliah tanpa beriman.
Firman Allah:
๏ดฟููููุง ุชูุณูุจูููุง ุงูููุฐูููู ููุฏูุนูููู ู ููู ุฏูููู ุงูููููู ููููุณูุจูููุง ุงูููููู ุนูุฏูููุง ุจูุบูููุฑู ุนูููู ู ููุฐููููู ุฒูููููููุง ููููููู ุฃูู ููุฉู ุนูู ูููููู ู ุซูู ูู ุฅูููู ุฑูุจููููู ู ู ูุฑูุฌูุนูููู ู ููููููุจููุฆูููู ู ุจูู ูุง ููุงูููุง ููุนูู ูููููููกู ูจ๏ดพ [ุงูุฃูุนุงู : 108]
โDan janganlah kamu cerca atau menghina benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah, kerana mereka kelak akan mencerca atau menghina Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat mereka kembali, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukanโ (Surah Al-Anโam: 108)
Ayat ini pula menunjukkan bahawa akibat mencela Allah lebih besar keburukannya daripada akibat mencela tuhan-tuhan yang lain daripada Allah yang sangat sesat itu. Maka hendaklah diutamakan menolak tindak balas mereka yang mencela Allah dengan sebab mencela tuhan-tuhan mereka, walaupun syirik menyembah selain daripada Allah adalah dosa paling besar yang wajib dicegah.
Tindakan mencela Allah oleh mereka yang telah syirik menjadikan keadaan lebih buruk, apabila mereka bertindak balas terhadap celaan tuhan selain daripada Allah sehingga menyebabkan mereka mencela Allah dan menjadikannya lebih sesat.
Begitu juga Rasulullah S.A.W menghalang para sahabatnya bertindak lebih keras terhadap golongan munafiq yang berkeliaran di Madinah, walaupun mereka menjadi musuh dalam selimut yang sangat berbahaya. Al-Quran menegaskan:
๏ดฟููุง ุฃููููููุง ุงููููุจูููู ุฌูุงููุฏู ุงูููููููุงุฑู ููุงููู ูููุงููููููู ููุงุบูููุธู ุนูููููููู ู ููู ูุฃูููุงููู ู ุฌููููููู ู ููุจูุฆูุณู ุงููู ูุตููุฑููฉ๏ดพ [ุงูุชุญุฑูู : 9]
โWahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah Neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembaliโ (Surah At-Tahrim: 9)
Namun, langkah menentang secara berhujah hendaklah didahulukan dan tindakan keras pula boleh menyebabkan fitnah yang lebih buruk terhadap Islam kerana pada zahirnya mereka mengaku Islam dan boleh dituduhnya bahawa orang Islam bertindak terhadap saudaranya sendiri. Maka memberi peluang mereka bergaul dalam masyarakat Islam lebih baik dari segi berdakwah dan peluang mereka bertaubat. Rasulullah S.A.W bersabda:
ููููุงูููู ูุฃููู ููููุฏููู ุงูููู ุจููู ุฑูุฌูููุง ููุงุญูุฏูุง ุฎูููุฑู ูููู ู ููู ุฃููู ููููููู ูููู ุญูู ูุฑู ุงููููุนูู ู. (ู ุชููู ุนููููููู)
โDemi Allah! Kejayaanmu menjadikan seseorang itu mendapat hidayah (masuk Islam) lebih baik daripada kenderaan yang paling mahal harganyaโ (Muttafaqun โalaih)
Pesanan Rasulullah S.A.W kepada sahabatnya Muaz bin Jabal R.A yang diutuskan ke Negeri Yaman juga menjadi contoh Feqah Aulawiyyat:
ููุนููู ู ูุนูุงุฐู ุจููู ุฌูุจููู ุฃูููู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููู ููุง ุฃูุฑูุงุฏู ุฃููู ููุจูุนูุซู ู ูุนูุงุฐูุง ุฅูููู ุงููููู ููู, ููุงูู: ูููููู ุชูููุถูู ุฅูุฐูุง ุนูุฑูุถู ูููู ููุถูุงุกู, ููุงูู: ุฃูููุถูู ุจูููุชูุงุจู ุงูููููู, ููุงูู: ููุฅููู ููู ู ุชูุฌูุฏู ููู ููุชูุงุจู ุงูููููู, ููุงูู: ููุจูุณููููุฉู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู, ููุงูู: ููุฅููู ููู ู ุชูุฌูุฏู ููู ุณููููุฉู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููููุง ููู ููุชูุงุจู ุงูููููู, ููุงูู: ุฃูุฌูุชูููุฏู ุฑูุฃูููู ููููุง ุขููู ููุถูุฑูุจู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุตูุฏูุฑููู, ููููุงูู: ุงููุญูู ูุฏู ููููููู ุงูููุฐูู ููููููู ุฑูุณูููู ุฑูุณูููู ุงูููููู ููู ูุง ููุฑูุถูู ุฑูุณูููู ุงููููู . (ุฃุฎุฑุฌู ุฃุจู ุฏุงูุฏ ูู ุณููู)
โDaripada Muaz bin Jabal R.A. (menceritakan). Apabila Rasulullah S.A.W mahu menghantarnya bertugas ke Negeri Yaman, Baginda S.A.W bersabda kepadanya: โBagaimana kamu melaksanakan hukum sekiranya dilantik menjadi hakim?โ. Muaz menjawab: โSaya menghukum dengan Kitab Allah (Al-Quran)โ. Baginda bertanya lagi: โSekiranya kamu tidak dapat daripada Kitab Allah?โ. Muaz menjawab: โDengan Sunnah Rasulullahโ. Baginda bertanya lagi: โSekiranya tidak ada daripada Sunnah Rasulullah?โ. Muaz menjawab: โSaya berijtihad dengan pendapat saya dan saya tidak sekali-kali menyimpang (daripada dasar umum dalam Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah)โ. Rasulullah S.A.W. menepuk dadanya dan bersabda: โAlhamdulillah (Bersyukur kepada Allah) yang telah memberi petunjuk kepada utusan Rasul dengan apa yang diredai oleh Rasulullahโ (Riwayat Abu Daud)
Dalil menunjukkan keutamaan diberi kepada Al-Quran terlebih dahulu daripada Sunnah (Hadis) dan ijtihad dalam perkara yang tidak ada nas atau apabila nas bersifat umum atau mengandungi makna yang banyak.
Rasulullah S.A.W juga mengajar Muaz bin Jabal R.A berdakwah di Yaman mengikut keutamaan dengan bersabda:
ุฅูู ุณุชุฃุชู ููู ูุง ุฃูู ูุชุงุจุ ูุฅุฐุง ุฌุฆุชููู ูุงุฏุนูู ุฅูู ุฃู ูุดูุฏูุง ุฃู ูุง ุฅูู ุฅูุง ุงููู ูุฃู ู ุญู ุฏูุง ุฑุณูู ุงูููุ ูุฅู ูู ุฃุทุงุนูุง ูู ุจุฐูู ูุฃุฎุจุฑูู ุฃู ุงููู ูุฏ ูุฑุถ ุนูููู ุฎู ุณ ุตููุงุช ูู ูู ููู ููููุฉุ ูุฅู ูู ุฃุทุงุนูุง ูู ุจุฐูู ูุฃุฎุจุฑูู ุฃู ุงููู ูุฏ ูุฑุถ ุนูููู ุตุฏูุฉ ุชุคุฎุฐ ู ู ุฃุบููุงุฆูู ูุชูุฑูุฏูู ุนูู ููุฑุงุฆูู ุ ูุฅู ูู ุฃุทุงุนูุง ูู ุจุฐูู ูุฅูุงู ููุฑุงุฆู ู ุฃู ูุงููู ุ ูุงุชูู ุฏุนูุฉ ุงูู ุธููู ุ ูุฅูู ููุณ ุจููู ูุจูู ุงููู ุญุฌุงุจู. ู ุชูู ุนููู
โKamu akan datang (ke sana) menemui ahli Kitab (penganut agama samawi Yahudi dan Kristian). Apabila kamu datang kepada mereka (mulakan) kepada mengajak mereka mengaku dan percaya bahawa tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah (masuk Islam). Jika mereka mentaatinya (masuk Islam), ceritakan bahawa Allah mewajibkan kepada mereka sembahyang lima waktu setiap hari dan malamnya. Setelah mereka mentaatinya, ceritakan kepada mereka bahawa Allah mewajibkan sedekah (zakat) diambil daripada orang-orang yang kaya di kalangan mereka supaya dibahagikan kepada mereka yang fakir (memerlukan bantuan). Jangan sekali-kali mengambil harta mereka sewenang-wenang (secara zalim), takutlah kepada doa orang yang dizalimi, kerana tidak ada halangan di antaranya dengan Allah (doanya diperkenankan).โ (Muttafaqun โalaih)
Di sini menunjukkan supaya mendahulukan keutamaan menerima Islam sebelum dinyatakan perkara-perkara lain yang diwajibkan terhadap mereka daripada ibadat dan harta, serta jangan berlaku zalim walaupun terhadap penganut bukan Islam, kerana keutamaan menunjukkan Islam adil terhadap semua.
Rasulullah S.A.W melaksanakan Feqah Aulawiyyat dalam aspek politik melalui Perjanjian Hudaibiyyah, apabila menangguhkan umrah yang hukumnya wajib muwassaโ (pelaksanaannya diluaskan masa sehingga boleh ditangguh) dengan melaksanakan wajib mudhayyak (masanya yang terhad perlu diambil dengan segera), kerana perdamaian daripada Hudaibiyyah itu memberi peluang yang perlu tindakan segera, menyebabkan kepesatan perkembangan Islam di masa damai dan mengambil peluang menyusun kekuatan yang lebih baik.
Maka langkah membina kekuatan Islam hendaklah diutamakan tanpa menghabiskan masa dalam pertelingkahan perkara cabang dan kesalahan sampingan, atau diutamakan menolak mudarat yang lebih besar dengan bersedia menghadapi mudarat yang lebih ringan daripadanya.
Kepatuhan dan kesetiaan para sahabat yang tidak selesa dengan Perjanjian Hudaibiyyah, kerana melihat apa yang tersurat tanpa memahami hikmah yang tersirat. Menunjukkan betapa kematangan pemimpin yang memilih keputusan hendaklah dihormati, ditaati dan terus berwalaโ (setia) dalam menghadapi apa sahaja cabaran yang mendatang. Perlunya ketegasan pemimpin membuat keputusan yang lebih baik, jangan kalah dengan kalangan pengikut yang tidak memahami bagaimana meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Rasulullah S.A.W pada awalnya bertahaluf dengan kabilah-kabilah Yahudi di Madinah, kemudian membatalkannya kerana mereka mencabuli perjanjian ketika kepungan tentera Ahzab. Tiba-tiba, Rasulullah S.A.W bertahaluf dan memberi naungan kepada kabilah Musyrikin seperti Khuzaah dan lain-lain di bawah Perjanjian Hudaibiyyah. Walaupun Yahudi adalah kalangan ahli Kitab, tetapi pencabulan mereka terhadap perjanjian lebih besar bahayanya. Menunjukkan betapa pelaksanaan Feqah Aulawiyyah dalam strategi politik dipraktikkan.
Firman Allah kepada Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S ketika menghadap Firaun yang zalim dan menangani pengikutnya dalam kalangan Bani Israel yang jahil dan bebal:
๏ดฟููุงูู ููุฏู ุฃูุฌููุจูุชู ุฏูุนูููุชูููู ูุง ููุงุณูุชููููู ูุง ููููุง ุชูุชููุจูุนูุงููู ุณูุจูููู ุงูููุฐูููู ููุง ููุนูููู ูููููจูฉ๏ดพ [ูููุณ: 89]
โAllah berfirman: โSesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua (Wahai Musa dan Harun); oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintah-Ku seterusnya) dengan beristiqamah, dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahuiโ (Surah Yunus: 89)
Firman Allah kepada umat Nabi Muhammad S.A.W:
๏ดฟููุฅูุฐูุง ุฌูุงุกูููู ู ุฃูู ูุฑู ู ููู ุงููุฃูู ููู ุฃููู ุงููุฎููููู ุฃูุฐูุงุนููุง ุจููู ูููููู ุฑูุฏููููู ุฅูููู ุงูุฑููุณูููู ููุฅูููู ุฃููููู ุงููุฃูู ูุฑู ู ูููููู ู ููุนูููู ููู ุงูููุฐูููู ููุณูุชูููุจูุทูููููู ู ูููููู ู ูููููู ููุง ููุถููู ุงูููููู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุชููู ููุงุชููุจูุนูุชูู ู ุงูุดููููุทูุงูู ุฅููููุง ูููููููุงูจูฃ๏ดพ [ุงููุณุงุก: 83]
โDan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada โUlil-Amriโ (para pemimpin dan para ulama yang mengendalikan urusan dan hukum ) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihan-Nya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)โ (Surah An-Nisaโ: 83)
Menunjukkan bahawa keputusan memilih Aulawiyyat diserahkan kepada mereka yang berilmu dan berpengetahuan yang lebih faham perjalanannya, serta menangani perubahan dengan beristiqamah bersama Islam, petunjuk sepanjang zaman yang tidak boleh diseret sehingga sesat dan tidak jumud sehingga dihancurkan.
Keadaan politik dan masyarakat yang berubah mewajibkan PAS berijtihad berlandaskan hukum Islam dengan berhikmah berkonsepkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).
โSejahtera Bersama Islamโ
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 16 Zulhijjah 1439 / 28 Ogos 2018 โ HARAKAHDAILY 28/8/2018