Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN, 14 Jun- Seramai 2,000 penduduk terdiri daripada golongan yang terjejas pendapatan berikutan pelaksanaan ‘total lockdown’ menerima Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT) 3.0 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, bantuan yang disalurkan oleh kerajaan negeri Terengganu itu memperuntukkan sebanyak RM200,000 untuk setiap DUN.
“Terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar atas inisiatif membantu rakyat yang terkesan.
“Dimana untuk fasa pertama, pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di DUN Rantau Abang telah selesai mengagihkannya,” katanya ketika dihubungi di sini.
Menurut Alias, bantuan tersebut bernilai RM100 termasuk wang tunai dan barangan dapur.
“Besar harapan saya agar rakyat berjimat cermat dan berbelanja barangan perlu sahaja, jika masih ada yang belum menerima sebarang bantuan, berjumpalah dengan JPKK di tempat masing-masing, InsyaAllah, JPKK akan membantu, ” ujarnya.