Home Berita PAS Pahang

200 sertai Program mendaki Bukit Kertau bersama YB

1551
SHARE

 

MARAN: Seramai 200 peserta menyertai ‘Program mendaki Bukit Kertau bersama YB kali kedua’ anjuran Pusat Khidmat ADUN Chenor Sabtu lalu.

 

Para peserta yang dilepaskan bermula jam 10 pagi mengambil masa hampir satu jam untuk menghabiskan pendakian dan tiba di puncak setinggi setinggi 853 kaki atau 266 meter itu.

 

Bukit Kertau terletak di seberang Sungai Pahang dari Chenor. Istimewanya destinasi tersebut ia merupakan titik pemetaan asal Semenanjung di mana titik kosongnya diukur bermula dari sini.

 

Dalam ucapannya ADUN Chenor Ustaz Mujibur Rahman Ishak berkata antara tujuan utama program tahunan ini adalah untuk mempromosi Bukit Kertau sebagai destinasi perlancongan dan riadah.

 

“Kami tawarkan satu destinasi produk pelancongan tempatan dari Chenor bagi yang meminati pelancongan sihat, aktiviti lasak dan alam semula jadi di sini.

 

“Ini sebab kita melihat aktiviti beriadah seperti ini mulai menjadi trend sekarang ini. Bahkan pada penghujung minggu ada pelancong dari luar Pahang juga berkunjung ke sini,“ jelasnya.

 

Ustaz Mujib memberitahu, program kali ini terbuka dan percuma sahaja dan peserta disediakan dengan cabutan bertuah dan jamuan makan.

 

“Insyaallah di masa-masa akan datang kita akan cuba mendapatkan penaja-penaja atau agensi pelancongan bagi sumbangan hadiah dan sebagainya,” katanya.