Home Berita PAS Terengganu

200 Pelajar Miskin Terima Sumbangan Petronas

5
SHARE

KUALA TERENGGANU – Seramai 200 pelajar sekolah yang dikenalpasti daripada keluarga berpendapatan rendah di Terengganu menerima sumbangan kelengkapan tambahan untuk kembali ke sekolah melalui Program PETRONAS Memperkasakan Ilmu: Back to School 2025 (BTS 2025).

Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli berkata PETRONAS terus komited dalam menyokong usaha kerajaan mempertingkatkan kecemerlangan pelajar.

“Justeru, kami berharap sumbangan yang disampaikan, mampu meningkatkan motivasi pelajar yang kurang berkemampuan untuk terus gigih di dalam pembelajaran mereka, seterusnya mencipta kecemerlangan di dalam pembelajaran masing-masing.

“Adalah diharapkan juga, sumbangan ini mampu membantu meringankan beban kewangan ibu bapa terutamanya daripada golongan berpendapatan rendah, untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak,” katanya di program tersebut di Hotel Primula semalam.

Sumbangan disampaikan kepada Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Ahmad Shah Muhamed, pada satu majlis penyerahan di sini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu Sulaiman Sulong.

Tambahnya, setiap pelajar menerima satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut hitam, sepasang stokin dan sepasang pakaian sukan berupa kemeja-T berkolar dan seluar sukan, bekas makanan dan botol minuman.

“Selain daripada itu, mereka juga dibekalkan dengan peralatan pembelajaran seperti beg sekolah dan set alat tulis,”ujar beliau.