Home Berita PAS Johor

200 kaki pancing Sertai Karnival Johor Sejahtera

1191
SHARE

Muar,9 Feb – Pas Kawasan Muar dengan kerjasama Pas Kawasan Bakri dan Pakatan Penduduk Parit Penyengat telah berjaya menganjurkan Karnival Johor Sejahtera 2.0.

Objektif program ini adalah untuk memasyarakatkan PAS bersama penduduk tempatan dan meraikan kumpulan-kumpulan pemancing dari seluruh negeri Johor.

Acara utama dalam karnival ini adalah Pertandingan Memancing dan ianya mendapat sambutan hangat dari kalangan kaki pancing. Hampir 200 orang peserta dari seluruh negeri Johor telah mendaftarkan diri. Ada yang datang dari Batu Pahat, Senggarang, Simpang Renggam, dan lain-lain.

Ada peserta yang datang awal dan bermalam di Muar,sebelum menunggu keesokan harinya. Penuh pesisir Pantai Parit Penyengat terpacak batang-batang joran. Ada peserta pancing yang datang bersama keluarga sambil bersantai-santai menikmati hujung minggu di tepi pantai.

Pelbagai gelagat para pemancing, ada yang datang baru hendak mencari umpan. Ada yang menggunakan umpan siput sedut dan ada yang menunggu air pasang untuk dapat tangkapan yang lebih besar.

Antara jenis ikan yang dapat ditangkap adalah belukang,duri,malong,tuka,dll. Acara tamat pada pukul 1.00 tengah hari.

Johan pertandingan mendapat wang tunai bernilai RM 5000,iaitu ikannya adalah belukang seberat 1.1kg,Naib johan mendapat RM1500, hasil tangkapannya adalah ikan malong seberat 0.7kg  dan tempat ketiga RM700 dan ikan yang ditangkap adalah ikan gemang seberat 0.6kg dan selebihnya sagu hati hingga peserta ke 30.

Selain itu,antara acara sampingan lain adalah pertandingan mewarna kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan, pendaftaran ahli PAS dan pastinya gerai jualan makanan yang pelbagai yang menjadi sasaran pengunjung pada cuaca yang panas. Karnival dimeriahkan lagi dengan dendangan lagu dari Lestari Buskers.

Turut hadir juga adalah YB Zaiton Ismail, ADUN( BN) Sg Balang, YB Kapten Najib Lep, ADUN (PAS) Bukit Pasir,Ketua Pemuda Pas Negeri Johor,Ustaz Juwahir Amin.