Home Berita PAS Wilayah

200 Jalur Gemilang meriahkan Lembah Pantai

98
SHARE

Oleh MUHBIB ‘ADNI

LEMBAH PANTAI, 30 Ogos : PAS Kawasan Lembah Pantai dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Lembah Pantai (MPP LP) Sub Zon 2 mengambil inisiatif memasang 200 bendera Malaysia 15 Ogos lalu.

Pemasangan bendera tersebut dibuat di sekitar Bangsar Baru dan Bulatan Lucky Garden dan turut dibantu para sukarelawan sekitar Lembah Pantai.

Menurut seorang ahli MPP LP Sub Zon 2, Zuhairi, program berkenaan dianjurkan bertujuan menyemai sikap cintakan negara dalam diri masyarakat terutama anak muda.

“Kami berharap agar aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk merancakkan sambutan bulan kemerdekaan.

“Kami turut berharap semua masyarakat dan premis perniagaan dapat sama-sama memeriahkan bulan kemerdekaan ini dengan memasang bendera di premis masing-masing seperti tahun-tahun sebelum ini,” katanya ketika ditemui di lokasi pemasangan bendera di Bangsar Baru.