Oleh : Ez
TRONG , 9 JULAI – Seramai 164 orang bakal haji daripada Parlimen Bukit Gantang telah diraikan oleh Mantan Ahli Parlimen Bukit Gantang , Ustaz Idris Ahmad dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Ar Rahmaniah Pekan Trong baru-baru ini.
Program yang mendapat kerjasama daripada Masjid Nurul Hidayah , Kuala Trong dan Masjid Ar Rahmaniah , Pekan Trong ini yang menjadi acara tahunan semasa beliau menjadi ahli parlimen sebelum ini diteruskan juga bagi meraikan bakal hujaj.
Program dimulakan dengan bacaan surah yassin dan doa selamat bersempena mengambil keberkatan kepada jemaah haji yang akan mengerjakan haji nanti .
Semua bakal-bakal haji diperkenalkan kepada para jemaah yang lain dan yang lebih penting lagi, mereka juga saling kenal mengenali di antara satu sama lain.
Bakal-bakal jemaah Haji di nasihatkan supaya menjaga keselamatan ketika mengerjakan ibadah haji dan hendaklah sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak Tabung Haji demi kebaikan masing-masing.
Di samping kesihatan perlu dititik beratkan supaya ibadah haji dapat diselesaikan dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur
Manakala bagi para jemaah yang lain pula dengan adanya majlis yang sebegini mudah-mudahan akan dapat menyuntikkan azam para jemaah untuk ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah haji pada masa-masa yang akan datang.
Sebelum program berakhir , Ustaz Idris Ahmad memberi sedikit cenderamata kepada bakal-bakal haji dan beliau mengucapkan selamat berangkat ke tanah suci kepada bakal-bakal haji yang diraikan dan kembali ke tanah air bersama haji yang mabrur dan dianugerahkan dengan kesihatan yang baik untuk melaksanakan ibadah sepanjang berada di tanah suci.