Home Berita PAS Selangor

138 rakan jalanan Pelabuhan Klang divaksin – PAS Kawasan Klang

36
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

KLANG, 19 September – Program Vaksinasi Rakan Jalanan Pelabuhan Klang yang berlangsung pada hari ini merupakan anjuran Majlis Pembandaran Klang dan Pejabat Kesihatan Daerah Klang. Penglibatan beberapa NGO seperti Khidmat Malaysia Klang, Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (KASEH), Bakewanis, Ummah Care, KRC, i-Care, MVM, dan Yayasan Amal (KL & Selangor).

Program bermula seawal 6.45 pagi di mana seramai 30 sukarelawan bertugas dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil. Kumpulan sukarelawan pertama bertugas di pintu masuk Hentian Pelabuhan Klang mana kumpulan sukarelawan kedua bertugas di meja pendaftaran.

Manakala, kumpulan sukarelawan ketiga bertanggungjawab membawa gelandangan yang telah mendaftar ke Pejabat Kesihatan Daerah Klang untuk divaksin lebih kurang jaraknya 150 meter dari Hentian Pelabuhan Klang.

Menurut Penyelaras Khidmat Malaysia Klang Ustaz Khalid Nayan, “Alhamdulillah, program yang berlangsung pada hari ini berjalan lancar seperti yang dirancangkan di mana kita telah memudahkan para gelandangan di sekitar Pelabuhan Klang ini mendapat suntikan vaksin”.

Program berakhir sekitar 12.00 tengahari.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor