Home Berita PAS Perak

128 anak muda sahut cabaran e-sukan sempena Karnival Milenia Sejahtera

169
SHARE

Jaudin M Amin – 27 Ogos 2022

PARIT BUNTAR – Pertandingan e-sukan sempena Karnival Milenia Sejahtera antara acara yang mendapat sambutan hangat pada program tersebut.

Pengerusi Lajnah Seni, Budaya dan Sukan (DACS), Dewan Pemuda PAS Perak, Abdul Hadi Azman berkata, “Penyertaan yang diterima sangat menggalakkan dan ia bukan sahaja dari penduduk setempat, malah kami turut menerima penyertaan dari seluruh negeri Perak dan Pulau Pinang.

“Dua acara utama yang dipertandingkan iaitu Pub-G dan Mobile Legend. Kesemua acara bermula jam 10 pagi ini dan berakhir pada sebelah petang ini.

Menurut Hadi, “Pertandingan yang dianjurkan ini diharap dapat mengisi hujung minggu anak muda dengan perkara yang bermanfaat disamping mewujudkan ukhuwah di kalangan remaja yang meminati hobi ini.

“E-sukan adalah hobi baharu Generasi-Y ketika ini dan kami berpendapat minat mereka perlu dirai melalui acara seperti ini.

Seramai 48 peserta yang mewakili 12 pasukan menyertai acara Pub-G manakala 16 pasukan melibatkan 80 peserta pula dalam permainan Mobile Legend.

Pertandingan yang dianjurkan bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar ini menawarkan hadiah RM400 dan medal untuk pemenang tempat pertama, RM200 dan RM150 beserta medal untuk tempat kedua dan ketiga.

Dalam acara Pub-G, Royal Glory berjaya memenangi tempat pertama manakala Ahmad Team dan Avengers menduduki tempat kedua dan ketiga.

Bagi permainan Mobile Legend pula, Geng Meja Hitam mengungguli tempat pertama manakala Xinfinity meraih tempat kedua dan tempat ketiga menjadi milik Taman Desa Aman.

Karnival Milenia Sejahtera anjuran Perhubungan PAS Negeri Perak berlangsung selama dua hari bermula 26 Ogos bertempat di Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Hasanah, Titi Serong.