Home Berita PAS Selangor

PAS KLANG | “Teori Gincu Plus Air VS Garam Plus Air”

2227
SHARE

Teori “Gincu plus air vs Garam plus air”

Berbagai teori dalam merosakkan faham Islam yang asli telah diwujudkan selepas selesainya zaman Khulafa’ al-Rasyidin. Oleh kerana itu maka berlakunya perkembangan metodologi pada 3 period bagi memperjuangkan keaslian pemikiran Islam, antaranya :

1. Klasik – tokohnya: Al Farabi, Al Mawardi, Al Ghazali, Ibnu Abi Robi’ (Paling kuat menentang sekular)

2. Pertengahan – tokohnya: Ibn Taimiyah, Ibn Khaldun

3. Moden – tokohnya: Muhammad Rasyid Redha, Hassan Al Banna, Abu al A’la al maududi, Sayyid Qutb, Sayyid Jamaluddin al-Afghani.

Perubahan metodologi kerana pengaruh konsep dan praktikal politik asing yang sentiasa merancang untuk merosakkan pemikiran umat Islam agar Daulah Islamiah tidak akan tertegak kembali. Ditambah lagi munculnya pimpinan yang mengaku Islam tetapi hanya mengambil Islam pada nilai-nilainya sahaja. Lalu wujudlah ulamak-ulamak yang hanya menyampaikan hukum-hakam dalam ibadat, tetapi mengenepikan hukum-hakam dalam menegakkan Daulah Islamiah dan jihad.

Maka wujudlah teori yang rosak:

“Gincu plus air” iaitu air putih bilamana bercampur dengan gincu maka merubah air menjadi merah.

Sedangkan “Garam plus air” walaupun terasa masin tetapi airnya tetap putih.

Begitulah teori yang diambil sesetengah pemerintah dengan mengutamakan “Garam plus air” bagi menampakkan Islam hanya pada nilai-nilainya sahaja. Simbolik garam biarpun tanpa perubahan air untuk tidak menegakkan negara Islam bermakna negera tetap tidak berubah warna kepada Islam.

Maka berhati- hati dengan perkembangan ini dengan hanya memandang Islam hanya pada nilai-nilai tanpa melihat Islam itu sebagai “Ad Deen” bagi memandu kehidupan dalam konsep kenegaraan kususnya.

Islam untuk keadilan sejagat.

Khalid Nayan
Yang Dipertua
PAS Kawasan Klang