Home Berita PAS Terengganu

1,200 penduduk jalani saringan COVID-19

45
SHARE

KUALA TERENGGANU, 9 Ogos– Seramai 1,200 penduduk di Kampung Losong Haji Syafie dan Kampung Losong Wakaf Nyiur Kembar menjalani ujian saringan Covid-19 selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan terdapat 50 kes positif wabak berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Losong Haji Syafie, Abdul Wahid Idris, 62, berkata, mereka diarahkan menjalani saringan bersasar Covid-19 selama dua hari, bermula hari ini.

“Langkah itu susulan kes positif Covid-19 yang dikesan di lokaliti berkenaan termasuk melibatkan Kluster Teluk Menara.

“Difahamkan, penyebaran virus ini berpunca daripada aktiviti ziarah selepas Hari Raya Aidiladha lalu,” katanya ketika ditemui hari ini.

Tambahnya,rata-rata penduduk memberikan kerjasama baik dengan hari ini seramai 500 selesai menjalani saringan berkenaan manakala baki 700 lagi bersambung esok.