Oleh : Ustaz Shafie Bin Ngah
Ketahuilah wahai sahabat-sahabat melakukan 12 rakaat solat sunat setiap hari sangat istimewa di sisi Allah. Jom kita pakat buat.
Nabi SAW ada bersabda;
“Mana-mana orang Islam yang mengerjakan 12 rakaat solat sunat setiap hari, kelak Allah akan membina untuknya sebuah istana di dalam syurga.”
(Hadith Riwayat Muslim, daripada Uhabibah Ummul Mukminin (r.a.))
Dan sabda Nabi SAW;
“Sesiapa yang komited dengan solat sunat 12 rakaat pasti Allah azza Wajalla akan bina untuknya sebuah istana di dalam syurga. Solat-solat itu ialah 4 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat selepas zohor, 2 rakaat selepas maghrib, 2 rakaat selepas isya’ dan 2 rakaat sebelum subuh.”
(Hadith Riwayat an-Nasa’i , daripada A’isyah Ummul Mukminin (r.a.))
Dua hadith di atas dengan satu yang berbentuk umum dan satu yang berbentuk khusus.
Para ulama hadith mengatakan bahawa kewujudan dua hadith sedemikian itu merupakan pilihan bagi ummat Islam. Jika mahu ambil yang umum (12 rakaat pada bila-bila masa di waktu siang dan malam) silakan. Dan jika mahu ambil yang khusus silakan.
Ia merupakan tawaran lumayan. Beruntung mereka yang berusaha melaksanakan. Moga ada manfaat.
Shafie Bin Ngah
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor