Home Berita PAS Sarawak

11 Cawangan PAS tertubuh di Batang Lupar – PAS Sarawak Berjaya Membuka Jendela Hati Rakyat

722
SHARE

“Dan jika penduduk negeri beriman dan bertaqwa kepada Allah, (sesungguhnya kami) bukakan pintu keberkatan dari langit dan bumi…”

Al A’raf 96

Pasca pilihan raya negeri Sarawak kali ke13 pada 2016 telah membuka ruang seluasnya buat rakyat Sarawak mengenali apa itu Parti PAS dan matlamatnya untuk bertanding di Sarawak.

PAS berjaya menerobos tembok kurafat Barisan Nasional dengan slogan “iboh lawan perintah” (jangan lawan kerajaan BN). Rakyat mula berani untuk mendengar dan menghampiri PAS sebagai Parti alternatif yang diharapkan dapat membela nasib rakyat.

Jelas dibeberapa DUN yang ditandingi PAS, rakyat mula sedar akan peranan PAS sebagai parti yang menjadi “check and balance” (semak dan imbang) bagi kerajaan BN Sarawak. Meniti dibibir mulut masyarakat kini, di mana PAS masuk, di situlah BN akan menurunkan bantuan. Tidakkah ini memberi keuntungan kepada rakyat.

Sekali lagi tarikh 20hb Mei 2017 menyaksikan sokongan rakyat Sarawak kepada PAS apabila berjaya menubuhkan 11 Cawangan PAS di dalam kawasan Batang Lupar. Mereka diketuai oleh masyarakat tempatan yang tinggal di sekitar DUN Beting Maro dan Sebuyau.

Majlis perasmian 11 Cawangan PAS ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Jofri Jaraiee, Pesuruhjaya PAS Sarawak turut dihadiri oleh Sdr Zulkifli Ramzi, Timbalan Pesuruhjaya 1, Hj Khairul Ismail, Timbalan Pesuruhjaya 2, Sdr Zharuddin Naruddin, Pengarah Pilihanraya, Ust Wan Abdillah Wan Ahmad Yang Dipertua PAS Batang Lupar, Puan Hamidah Mohtar, Setiausaha PAS Batang Lupar. Majlis turut dihadiri oleh Ust Wan Ismail Wan Jusoh, wakil Badan Perhubungan PAS Kelantan.

Seramai lebih dari 100 orang yang hadir terdiri dari masyarakat setempat dan ahli PAS turut hadir ke majlis ini. Sekali lagi PAS Sarawak berjaya meletakkan batu asas yang kukuh demi melihat Sarawak yang lebih sejahtera bersama Islam.

Sejahtera Bersama Islam

Muhammad Afiq Mhd Khazar
Ketua Penerangan PAS Sarawak

{jathumbnail off}