Oleh: Muhammad Hadi
KANGAR : Usrah bukan sahaja medan untuk menimba ilmu pengetahuan menerusi perkongsian yang disampaikan oleh naqib, bahkan merupakan program paling berkesan bagi meningkatkan ukhuwah sesama anggotanya.
Menyedari akan hakikat tersebut, PASTI Negeri Perlis telah menggerakkan program usrahnya ke arah meningkatkan lagi tahap profesionalisme para guru serta kakitangannya.
Biarpun berhadapan dengan jadual aktiviti yang padat, pelaksanaannya tidak pernah dikesampingkan, malah menjadi sebahagian agenda utama PASTI negeri.
Usrah Perdana PASTI Negeri Perlis Siri 3/2018 yang telah berlangsung pada 1 Julai yang lalu, mencatatkan kehadiran seramai 100 orang, terdiri daripada para guru serta penggerak PASTI dari seluruh negeri Perlis.
Program yang diadakan tiga bulan sekali ini juga merupakan usrah gabungan peringkat negeri, susulan daripada pelaksanaan usrah kelompok yang dijalankan pada setiap bulan di peringkat kawasan.
Tepat jam 8.30 pagi, para peserta telah berkumpul di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) untuk sesi bacaan al-Mathurat, disusuli dengan slot pengisian yang disampaikan oleh naqib usrah yang juga Pengarah PASTI Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil.
Selain itu, turut diadakan dua sesi taklimat berkenaan dengan Alam Ria PASTI serta Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK)