“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Bangi | Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor Tuan Shehdi Hazrik Shamsuddin mengkalungkan ucapan tahniah kepada 17 anggota Jabatan Amal yang telah berjaya menyelesaikan proses pembungkusan sebanyak 10 Ribu kotak bantuan makanan MAPIM untuk rakyat yang memerlukan.
Menurut beliau, 10 Ribu Kotak yang mengandungi barangan keperluan dapur seperti beras, minyak masak tepung, gula dan sebagainya ini berjaya disiapkan selama 5 hari sahaja dan ia adalah percapaian kerja yang terbaik pernah dibuat di gudang MAPIM ini.
Program kerjasama pihak MAPIM : Malaysian Consultative Council for Islamic Organization dengan Jabatan Amal Negeri Selangor kali ini adalah melalui usaha bersama mereka menyiapkan 10 ribu pek atau kotak makanan buat golongan terjejas akibat Covid-19 ini yang akan dibawa ke Kedah, Kelantan dan Terengganu nanti.
Menurut beliau lagi, satu program Jelajah Ummah ke-3 negeri ini akan dilaksanakan pada bulan Julai ini dan inshaAllah Jabatan Amal Malaysia melalui negeri-negeri terlibat juga akan turut bersama dalam menjayakan misi kali ini.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor