Home Berita PAS Perak

?SELAMAT HARI WANITA? | DMPK Tambun

611
SHARE

May be an image of 2 people, headscarf and text that says "Selamat HARI WANITA SEDUNIA 8 MAC 2021 "WANITA BANGKIT MENDEPANI CABARAN" Ikhlas Daripada muslimat Dewan รกา Û PAS Tambun f DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN TAMBUN"
SELAMAT HARI WANITA

Hari ini tanggal 8 Mac adalah hari untuk kita menghargai wanita. Di kala di peringkat nasional hebat memperkatakan isu _Sugar Baby_ di kalangan pelajar wanita IPT, saya suka untuk menyeru agar setiap lapisan masyarakat menghargai, menyayangi serta menghormati wanita sebagai ibu, isteri dan ahli keluarga selayaknya.

Wanita juga merupakan tonggak penentu pendidikan sesebuah rumahtangga. Oleh itu jika kita hendak melihat corak generasi sesebuah negara akan datang, kita lihat akhlak wanita mereka pada hari ini.

Wanita pada hari ini juga memainkan peranan bukan sahaja sebagai ibu di rumah, malahan turut menyokong ekonomi keluarga serta berkerjaya. Kita juga mempunyai ramai tokoh wanita yang berjaya samada di kalangan astatizah mahupun profesional yang boleh menjadi inspirasi kepada generasi muda.

Apa yang lebih penting, DMPK Tambun menyeru kepada semua wanita agar mereka menjaga maruah diri, menghargai dan menghormati diri mereka sendiri.

Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr RA, Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.”‏
(*Riwayat Muslim*)

Selamat Menyambut Hari Wanita, sirru ala barakatillah.

Salam hormat,