Home Berita PAS Terengganu

๐—ง๐—™๐—– ๐— ๐—˜๐—ก๐—–๐—ข๐—ก๐—ง๐—ข๐—›๐—œ ๐—๐——๐—ง

9
SHARE

Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu FC kalah 1-3 kepada pasukan harimau selatan.

Dengan kata lain, JDT sudah meletakkan penanda aras baharu dengan menjadi pasukan pertama menang empat piala iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia dalam satu musim buat kali kedua berturut-turut.

Dan ini merupakan kemenangan kali keempat buat JDT dalam Piala Malaysia selepas menang pada 2017, 2019 dan 2022.

Kekuatan skuad harimau selatan memang tidak dapat disangkal dan TFC sedar akan hal itu.

Tidak tunggu lama, belum sampai seminggu selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, TFC terus jumpa Tunku Mahkota Johor dan pemilik kelab bola sepak JDT untuk dapatkan pandangan dan saranan bagi mengangkat industri bola sepak tanah air.

Exco Kerajaan Negeri Terengganu, YB Ustaz HAK kata,

โ€œSaat bersaing di padang TFC pasti memberi saingan yang paling hangat menentang JDT.

Namun di luar padang, TFC tetap memburu bimbingan daripada pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor untuk terus memperkasakan pasukan.โ€

Dulu TMJ juga yang beri tunjuk ajar tentang stadium dekat Terengganu sehingga Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) menjadi antara yang terbaik di Malaysia.

Begitulah apabila orang tepat yang mentadbir dan mengurus. Dalam bersukan pun ada BPMS.

Bak kata TMJ, “Pengurusan tu penting. Kalau duit banyak tapi tak tahu nak urus pun tak boleh juga.”

๐™๐™ช๐™–๐™ฃ ๐™ƒ๐™–๐™Ÿ๐™ž ๐™ˆ๐™ช๐™๐™–๐™ข๐™ข๐™–๐™™ ๐˜ฝ๐™–๐™ž๐™๐™–๐™ฆ๐™ž๐™š๐™ฎ ๐˜ผ๐™๐™ข๐™–๐™™
๐˜’๐˜ฆ๐˜ต๐˜ถ๐˜ข ๐˜‹๐˜ˆ๐˜Š๐˜š,
๐˜‹๐˜ฆ๐˜ธ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข ๐˜—๐˜ˆ๐˜š ๐˜•๐˜ฆ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช ๐˜›๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ถ