Home Berita PAS Terengganu

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗡𝗦𝗘𝗥𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗡𝗬𝗜 𝗣𝗥𝗢 𝗜𝗦𝗥𝗔𝗘𝗟 𝗕𝗨𝗞𝗧𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗖𝗔𝗞𝗡𝗔 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡

20
SHARE

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) ingin menzahirkan sokongan terhadap kenyataan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang mengecam dan membantah sekeras-kerasnya Konsert Bruno Mars yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 17 September 2024 tahun ini.

Tindakan kerajaan Malaysia yang membenarkan penganjuran konsert dari seorang penyanyi yang jelas menunjukkan sokongan kepada Israel ini adalah bukti kerajaan Madani tidak cakna kepada rakyat Palestin.

Penganjuran konsert sebegini juga tidak memberi apa-apa manfaat dan kebaikan pada masyarakat. Sekaligus bertentangan dengan gaya dan budaya asal masyarakat Malaysia.Hiburan itu tidak salah untuk dianjurkan, tetapi perlu dipastikan ianya selari dengan syarak.

Tambahan pula, tindakan menjemput penyanyi Pro-Zionis ini tidak langsung masuk akal kerana rakyat Malaysia serta seluruh dunia sedang bersatu bersama rakyat Palestin dengan memboikot produk Israel dan ia sekaligus termasuk juga dengan memboikot pempengaruh yang menyokong dan mendokong zionis Israel.

Justeru itu, DPPNT mengajak seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan agar dapat membela rakyat Palestin walaupun sekecil perkara dengan bersama-sama bersoladariti membantah penganjuran konsert ini.

𝙐𝙨𝙩𝙖𝙯 𝙈𝙤𝙝𝙙 𝙃𝙖𝙧𝙪𝙣 𝙀𝙨𝙖
𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘋𝘦𝘸𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘮𝘶𝘥𝘢 𝘗𝘈𝘚 𝘛𝘦𝘳𝘦𝘯𝘨𝘨𝘢𝘯𝘶
𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘓𝘢𝘫𝘯𝘢𝘩 𝘋𝘢𝘬𝘸𝘢𝘩 𝘋𝘦𝘸𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘮𝘶𝘥𝘢 𝘗𝘈𝘚 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢