Dewan Pemuda PAS Terengganu mengucapkan tahniah atas keberanian dan kecaknaan dari pengurusan Terengganu FC (TFC) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) atas langkah segera dan bijak untuk membatalkan perjanjian tajaan dari syarikat XFOX Market Holdings Sdn Bhd.
Dalam keadaan yang begitu kritikal mencari tajaan untuk suntikan dana kepada TFC dalam mengharungi musim baru ini, TFC sanggup kehilangan RM 1.5 juta wang tajaan dari XFOX Market Holdings Sdn Bhd untuk piala Shopee.
Sikap terbuka dan tegas ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan dibawah YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan pengurusan TFC untuk memberikan yang terbaik buat pasukan dan penyokong TFC
Perlu disedari perkara ini mungkin tidak berlaku sekiranya Royalti minyak yang sepatutnya diberikan kepada Terengganu disekat yang menyebabkan pelbagai perbelanjaan terpaksa dikurangkan bagi menampung perbelanjaan lain.
Sebagai sebahagian dari keluarga peminat TFC, kami akan terus memberi sokongan kepada TFC dan mengharapkan TFC akan terus maju jaya dalam kejohanan sepanjang musim ini.
๐๐๐๐ ๐๐ช๐๐๐ข๐ข๐๐ ๐ฝ๐๐๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ ๐ผ๐๐ข๐๐
๐๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ณ๐ข๐ฉ,
๐๐ฆ๐ฑ๐ข๐ณ๐ต๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต ๐๐ณ๐ต๐ด, ๐๐ถ๐ญ๐ต๐ถ๐ณ๐ฆ๐ด, ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ฑ๐ฐ๐ณ๐ต๐ด (๐๐๐๐)
๐๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ฅ๐ข ๐๐๐ ๐๐ฆ๐จ๐ฆ๐ณ๐ช ๐๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฏ๐จ๐จ๐ข๐ฏ๐ถ