Home Berita PAS Sabah

Tarbiyah mengubati kelesuan jentera PAS

84
SHARE

11 Jun 2024

Oleh : Raudhatul syarifah

Tawau : Tarbiyah adalah salah satu wasilah untuk kita terus tsabat dan istiqamah dengan ajaran Islam serta perjuangan kerana ia mendisplin dan membangunkan rasa tanggungjawab pada diri sendiri agar sentiasa meletak cinta dan redha ilahi sebagai landasan hidup, demikian jelas ucapan penangguhan perwakilan DMPK Tawau (DUN Balung), Suhaeymi Yusril semasa Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah pada 8 Jun.

“Pentadbiran tarbiyah yang kurang baik akan menyebabkan pengurusan pimpinan dan juga ahli bawaan hilang kredibiliti sebagai seorang pejuang, maka dari itu pentingnya tarbiyah sebagai nadi dan roh kekuatan sebagai jemaah islam berpandukan Al Quran.

“Mengambil pesanan dari Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang, semua pimpinan dan ahli PAS diseru untuk terus memantapkan tarbiyah dengan menambah dan mempertingkatkan ilmu kerana kekuatan roh memerlukan tarbiyah, ” ujarnya.

Selain itu, beliau juga menyeru agar kehadiran usrah disemua peringkat perlu diperkemaskan kerana ia adalah medan yang memudahkan penyaluran tarbiyah dan pengukuhan ukhwah sesama ahli.

Menurut beliau, Biro Tarbiyah pengkaderan perlu memberikan arahan berterusan agar segala pengarahan dapat dilaksanakan oleh setiap anggota jemaah tanpa jemu dan lelah, ini kerana berada dalam jemaah bukan suatu hal yang mudah kerana PAS amat mementingkan tarbiyah untuk kita menggalas amanah perjuangan.

Mengakhiri ucapan beliau dengan membawa pesanan dari Almarhum Tuan Guru Yahya Othman bahawa tarbiyah adalah sumber mata air dan urat nadi perjuangan Islam tidak mungkin sebuah perjuangan berjaya tanpa tarbiyah.