KUALA NERUS, 30 Sept – Kemeriahan Sukan Pantai yang sedang berlangsung di Pantai Tok Jembal sekarang berjaya menggamit kehadiran ramai pengunjung tempatan.
Sebanyak 11 acara menarik dipertandingkan antaranya Pertandingan Musang Berjanggut.
Sukan ini merupakan satu aktiviti yang memerlukan daya fokus yang tinggi selain sifat teliti, cekap dan pantas dalam menjalankan tugasan.
Pihak pengajur telah menyediakan bahan-bahan masakan seperti lada merah kering, jintan manis, beras, kacang tanah dan kacang hijau dan para peserta diarahkan untuk mengasingkan bahan tersebut di dalam pasukan.
Pasukan yang paling pantas mengasingkan bahan tersebut dikira sebagai pemenang.
Justeru, selain daripada keseronokkan yang diperolehi para peserta, permainan ini turut mementingkan semangat kerjasama, satu hati dan komunikasi yang harmoni agar setiap kumpulan dapat saling membantu dan menjalankan tugasan dengan pantas.
Semoga nilai murni ini dapat diterapkan ke dalam kehidupan seharian sama ada di tempat kerja mahupun di dalam gerak kerja jemaah.