Home Fastaqim

Pupuk Proses Persaudaraan Melalui Taaruf

2227
SHARE

Pupuk Proses Persaudaraan Melalui Taaruf
Oleh: Aisyah Yamin

KUALA NERUS, 30 Sept : Kehadiran 4 orang insan istimewa yang sempat dirakam oleh jurufoto Fastaqim 2.0 berjaya menyentuh hati para pengunjung lain yang turut hadir.

Kehadiran tetamu kelainan upaya (OKU) jelas menggambarkan sokongan yang padu oleh masyarakat tempatan akan penganjuran Himpunan Fastaqim 2.0 

Menurut Ustaz Nik Abduh Nik Mat, perhimpunan umat Islam ini bagi memupuk kekuatan persaudaraan Islam melalui proses pengenalan dan pergaulan sesama mereka. 

Himpunan yang bertujuan untuk meneguhkan kesatuan, kesepaduan dan kekuatan umat Islam dalam menghadapi cabaran luar yang bertujuan menghancurkan umat Islam secara tidak langsung turut memupuk kesatuan sesama masyarakat di Kuala Terengganu khususnya dan di Malaysia umumnya.