Home Fastaqim

​ISMA : Berpolitik Biar Menguntungkan Islam

6629
SHARE

KUALA NERUS, 30 Sept – Berpandukan surah Ar-Ra’du ayat 11 bahawa sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri, Ustaz Abdul Rahman Iskandar mengingatkan hadirin proses perubahan (taghyir) Islam hendaklah bermula dengan diri kita mengikut manhaj Nabawi.
Beliau yang mewakili badan bukan kerajaan, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyebut orang Islam perlu memahami dengan jelas halatuju medium politik adalah bertujuan untuk memberi kekuatan kepada Islam. Beliau juga mengingatkan umat Islam supaya memandang serius kelicikan musuh-musuh Islam mengatur strategi menghalang kekuatan Islam dan ini diajar oleh as-Syahid Syed Qutb dalam salah satu tulisan beliau bagaimana mengenal ciri-ciri Jahiliyah.

Hari ini Liberal yang menjadi ancaman umat Islam perlu dihalang dan pergerakan mereka perlu disebarluaskan agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dan menjadi boneka barat yang memberi ancaman kepada Islam itu sendiri.

Beliau menyimpulkan jemaah perlulah sentiasa istiqamah dengan Islam dan yakin pertolongan Allah SWT pasti akan tiba.