Home Berita PAS Wilayah

π—žπ—˜π—π—’π—›π—”π—‘π—”π—‘ π—™π—¨π—§π—¦π—”π—Ÿ π—§π—˜π—₯𝗧𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗣𝗔π—₯π—Ÿπ—œπ— π—˜π—‘ 𝗕𝗔𝗑𝗗𝗔π—₯ 𝗧𝗨𝗑 π—₯π—”π—­π—”π—ž

93
SHARE

Oleh : Salleh Harun

BANDAR TUN RAZAK, 02 OKT – Kejohanan Futsal Tertutup Piala Dato’ Kamaruddin Jaafar Parlimen Bandar Tun Razak telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Sport Station Futsal, Taman Sungai Besi Indah.

Program yang buat julung kalinya dianjurkan oleh NGO Peduli BTR dengan kerjasama Jabatan Kesenian, Budaya dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Bandar Tun Razak, Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Sub Zon 2 Parlimen Bandar Tun Razak, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak mendapat sambutan memberangsangkan dengan penyertaan seramai 32 pasukan.

Antara barisan VVIP yang turut hadir pada kejohanan tersebut ialah Dato’ Kamaruddin Jaaafar, Ahli Parlimen BTR, Tuan Hj Md Shukor Aziz, Timbalan Pengerusi 2 MPPWP merangkap YDP PAS BTR dan Puan Jamilah Husin, Pengerusi MPPWP Sub Zon 2 Parlimen BTR.

Tahniah kepada pasukan 56HUNDRED yang telah dinobatkan sebagai juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM1500, trofi dan medal. Manakala tempat kedua, ketiga dan keempat dimenangi oleh pasukan AIV SDC, Fayyadh FC dan Perindu FT. Disamping itu juga majlis dimeriahkan oleh pelbagai hadiah cabutan bertuah disepanjang kejohanan berlangsung.

Saudara Anuar Salehudin selaku Pengarah Program mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding dengan penuh semangat kesukanan dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Tahniah juga kepada barisan AJK program yang bertungkus lumus untuk menjayakan program dengan lancar. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.