Home Berita PAS Terengganu

𝗦𝗘𝗥𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛

343
SHARE

1. Islam adalah agama sempurna yang diturunkan oleh Allah kepada setiap manusia dengan tiga tunjang iaitu iman, syariah dan tasawuf.

2. Syariah adalah undang-undang yang menjaga kerukunan umat Islam dalam menjalani kehidupan yang ada di atas dunia ini.

3. Setiap set undang-undang syariah yang diwujudkan sudah pasti menjaga Maqasidul Syariyah atau tujuan syariat iaitu menjaga Agama, Nyawa, Akal, keturunan dan Harta.

4. Semua hukum ini jelas diambil dari 4 sumber hukum dalam Islam iaitu al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias.

5. Negara Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dibawah naungan YDPA sebagai Ketua Negara dan penjaga bagi agama, beserta islam agama rasmi yang ditetapkan dalam perlembagaan persekutuan perlu menyedari perkara ini.

6. Malangnya, undang-undang syariah hanya mempunyai kuasa kecil dalam perlembagaan negeri-negeri dan tidak pernah ditambah baik lebih dari 30 tahun.

7. Peranan individu yang tidak bertanggungjawab yang mencabar kedaulatan kuasa mahkamah syariah semakin kedengaran dan mendapat sokongan dari kumpulan-kumpulan tertentu.

8. Terbaru, kes yang dibawa oleh dua beranak peguam yang mencabar 22 enakmen dalam undang-undang mahkamah syariah negeri kelantan seolah menormalisasi perkara ini.

9. Tindakkan yang lemah dan bersahaja oleh pihak kerajaan tanpa menyatakan pendirian rasmi kerajaan dalam isu ini semakin membuka pekung di dada mereka.

10. PAS tampil sebagai sebuah parti politik tunggal yang terus memperjuangkan tertegaknya undang-undang Islam di negara ini sentiasa menyokong penuh perlaksanaan dan penyebaran kefahaman tentang syariah kepada masyarakat Malaysia.

11. Dengan tekad itu, PAS sekali lagi akan mengadakan perhimpunan Pertahan Syariah di Mahkamah Tinggi Malaysia pada 20 haribulan November 2023.

12. Jesteru, saya menyeru seluruh pemuda islam negeri Terengganu untuk menyatakan pendirian kita dengan hadir beramai-ramai ke Himpunan tersebut.

𝙐𝙨𝙩𝙖𝙯 𝙈𝙤𝙝𝙙 𝙃𝙖𝙧𝙪𝙣 𝙀𝙨𝙖
𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢,
𝘋𝘦𝘸𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘮𝘶𝘥𝘢 𝘗𝘈𝘚 𝘛𝘦𝘳𝘦𝘯𝘨𝘨𝘢𝘯𝘶