Home Berita PAS Sabah

PAS Tawau prihatin, sumbang barang keperluan

51
SHARE

Oleh : ANNA TAN                            13.11.2023

Tawau : Prihatin dengan kos sara hidup yang tinggi hingga menjadi beban kepada rakyat yang berpendapatan rendah. PAS Kawasan Tawau telah menyerahkan bakul makanan kepada 20 orang penerima di Kg Kongsi 10, di sini , kelmarin.

 

Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau, Mohamad Husain berkata, PAS Tawau amat memahami kesulitan hidup yang dihadapi rakyat sekarang, oleh itu pemberian tersebut di harap dapat meringankan sedikit beban keluarga penerima.

Pada majlis tersebut, 20 orang penerima terdiri daripada ketua dan wakil keluarga yang kurang berkemampuan menerima  barang keperluan dapur iaitu 10 kg beras , telur sepapan serta beberapa barang keperluan lain.

Program tersebut diadakan di perkarangan rumah Ketua JKK Kg Kongsi 10, en Nasib.

Majlis turut diisi dengan Kuliah Dhuha yang di sampaikan oleh Ustazah Ratna Safitri Porwono dan pemeriksaan kesihatan percuma.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Muslimat Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau beserta AJK serta AJK Kampung.