Home Melaka

𝗥𝗲𝗻𝗰𝗮𝗻𝗮 | 𝗞𝗲𝗵𝗮𝗻𝗰𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗶𝗯𝗮𝘁 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸

1080
SHARE

𝗢𝗹𝗲𝗵 𝗜𝗕𝗡𝗨 𝗝𝗔𝗡𝗜𝗘

𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 ini penulis sudah banyak kali mempersoalkan mengapa kita melihat majoriti ahli politik memperjuangkan anti-rasuah dan penyelewengan namun rasuah tetap berleluasa?

Dan mengapa Malaysia diperintah oleh parti yang majoritinya Melayu tetapi sehingga sekarang Melayu masih lagi lemah dari sudut ekonomi dan profesional? Semasa kerajaan adalah Melayu kita masih memerlukan NGO-NGO yang memperjuangkan nasib Melayu? Tidakkah pelik?

Jawapan kepada semua persoalan ini adalah kerana wujudnya watak hipokrit dan munafik dalam kalangan ahli politik, parti dan perjuangan mereka yang bermuka-muka dan menipu ahli dan pengundi.


Sembang Anwar sebelum jadi PM (Kredit video Malaysiakini)


 

Maknanya apabila mereka berdegar-degar menentang rasuah bukanlah kerana mereka benci kepada rasuah tetapi sekadar untuk menampakkan mereka baik dan hero lalu mereka diundi oleh rakyat. Apabila mereka berkuasa merekalah yang pelahap makan rasuah.

Apabila mereka memperjuangkan nasib orang Melayu mereka sebenarnya bukanlah memperjuangkan nasib Melayu. Perjuangan itu hanya taming untuk mereka mengaut kekayaan. Mereka menjadikan ketakutan bahawa Melayu hilang kuasa pada bangsa lain sebagai ‘ugutan’ agar mereka sentiasa disokong.

Berbalik kepada situasi semasa, pada waktu ini pengundi Pakatan Harapan (PH) dan Umno-BN sedang terpinga-pinga melihat fenomena dan keajaiban yang sedang berlaku di depan mata mereka. Tiba-tiba Umno-BN boleh ‘berjodoh’ dengan PH-DAP!

Pada waktu kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 baru-baru ini hakikatnya ada dua naratif besar yang bermain dalam kalangan parti-parti politik yang bertanding.


Pidato terkenal Zahid, No Anwar, No DAP (kredit video FMT)


 

Naratif besar pertama ialah ‘serik 22 bulan di perintah PH-DAP’, ‘kencing’ dan ‘PH ancaman kepada Islam’. Naratif ini digunakan oleh Umno-BN dan Perikatan Nasional untuk menyerang PH-DAP.

Naratif besar kedua ialah ‘penyamun’ merujuk kepada ahli politik yang korup dan rasuah yang ditujukan kepada Umno-BN. Yang paling kuat menggunakan naratif ini sudah tentulah PH-DAP.

Artis hip-hop popular yang pro PH-DAP, Altimet sendiri menyediakan sebuah lagu yang diubahsuai daripada lagu runut bunyi filem Ali Baba Bujang Lapok, iaitu ‘siapa sokong penyamun’ untuk menyerang Umno-BN. Lagu ini cukup popular dalam kempen pilihan raya ini.

𝙍𝙚𝙣𝙘𝙖𝙣𝙖 𝙞𝙣𝙞 𝙟𝙪𝙜𝙖 𝙙𝙞𝙨𝙞𝙖𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞 𝙃𝙖𝙧𝙖𝙠𝙖𝙝 𝙘𝙚𝙩𝙖𝙠 𝙀𝙙𝙞𝙨𝙞 𝙄𝙨𝙣𝙞𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙖𝙧𝙞𝙠𝙝 28 𝙉𝙤𝙫𝙚𝙢𝙗𝙚𝙧 2022

 

Manakala tiada naratif yang cukup besar pun yang dimainkan terhadap Perikatan Nasional sementelah parti gabungan ini tidak mempunyai apa-apa masalah besar seperti rasuah atau ancaman kepada orang Melayu yang menjadi kaum terbesar. Ini berbanding dengan PH-DAP dan Umno-BN yang kedua-duanya ada kluster mahkamah.

Dan seperti yang kita tahu bahawa keputusan PRU15 menunjukkan Perikatan Nasional menang 73 kerusi, PH-82, BN-30, GPS-23, GRS-6, Warisan-3, PBM-1, KDM-1 dan bebas-2. Ini menjadikan tidak ada satu parti gabungan pun yang boleh membentuk kerajaan.

Namun pada 21 November tak semena-mena Anwar mengisytiharkan gabungan dengan Umno-BN selepas tular gambar mereka bertemu di sebuah hotel.

Pelik juga dan tidak ada siapa menduga bahawa Anwar terus menjadikan BN sebagai pilihan pertama untuk mengadakan pakatan politiknya. Walau pun kita tahu sebelum pilihan raya lagi bahawa memang sudah wujud hubungan sulit antara Zahid dan Anwar namun mereka kerap menafikan.

Perikatan Nasional telah menyatakan dari awal tidak mahu bersekongkol dengan PH-DAP. Dan walau pun terpaksa bekerjasama dengan Umno-BN, hanyalah dengan Ahli-ahli Parlimen Umno yang bersih. Berbanding dengan Anwar yang terus mengadakan perbincangan dengan Zahid yang mereka kata penyamun.

Umno-BN pula sebelum ini terkenal dengan sikap anti-DAP yang menebal selain cukup benci dengan Anwar yang menentang Umno-BN selepas ditendang dari parti itu pada tahun 1997. Namun kali ini tunduk tersungkur melutut kepada DAP demi untuk menyelamatkan diri.

Di Perak Umno-BN dan PH-DAP sudah pun membentuk kerajaan yang 12 ADUN Melayu Islam dan 21 ADUN bukan Islam. Umno-BN Perak menolak 26 ADUN Perikatan Nasional yang semuanya Islam.


Akhirnya… (Kredit video Awani)


 

PH-DAP mendapat kerusi yang banyak kerana pengundi mereka percaya mereka akan menghapuskan rasuah, jauh sekali untuk bersekongkol dengan ‘penyamun’. Umno-BN masih boleh memenangi 30 kerusi kerana ada pengundi-pengundi yang ikhlas yang percaya Umno-BN akan mempertahankan Melayu dan tidak akan bersekongkol dengan PH-DAP.

Jadi jelaslah bahawa pengundi-pengundi mereka ini telah ditipu hidup-hidup. Dan jelaslah bahawa memang sifat-sifat kemunafikan dan hipokrasi ahli politik dan perjuangan mereka ini menyebabkan masalah yang berlaku dalam negara ini tidak selesai-selesai.

𝗣𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗘𝗱𝗶𝘁𝗼𝗿 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗣𝗼𝗿𝘁𝗮𝗹 𝗕𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗣𝗔𝗦 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗨𝗻𝗶𝘁 𝗕𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH