Home Berita PAS Perak

​Berita PAS Perak I Seimbangkan Antara Kekuatan Tarbiyyah dan Pengurusan Organisasi

2133
SHARE
​Seimbangkan Antara Kekuatan Tarbiyyah dan Pengurusan Organisasi

KUALA KANGSAR: Pemuda PAS bukan sahaja mahir dan hebat dari sudut pengurusan organisasi bahkan mesti dikuatkan dengan penerapan tarbiyyah agar ianya seimbang bagi membawa perjuangan Islam sebaiknya.

Pemuda Islam yang berada di lapangan dakwah perlu memahami dengan baik akidah perjuangan agar mereka tidak hanya bersemangat tanpa dipandu dengan fikrah Islam sebenar.

Pemuda sentiasa menjadi perhatian masyarakat kerana semangat dan keazaman anak muda mampu memberikan impak sepertimana dalam lakaran sejarah Islam seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, Khalid Al-Walid dan ramai lagi tokoh anak muda yang istiqamah memperjuangkan Islam.

Saranan tersebut dinyatakan oleh Pengarah Jelajah Hijau 2.0 Pemuda PAS Perak, Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi ketika membentangkan Halatuju Pemuda PAS Perak di Kompleks PAS Kuala Kangsar.

Jelas beliau, PAS sentiasa mengajar ahlinya bergerak secara berjemaah kerana Rasulullah SAW juga menjalakan usahawa dakwah bersama para sahabat baginda sehingga Islam mampu menakluki dunia.

Katanya lagi, Pemuda PAS Perak mengharapkan agar semua jentera pemuda di setiap peringkat mesti berkerjasama dan membantu antara satu sama lain demi memastikan matlamat sebenar tidak tersasar.

“Aspek tarbiyyah menjadikan diri kita menghormati setiap keputusan parti bahkan komited melaksanakan segala ketetapan yang ditentukan oleh pimpinan tidak diingkari sehingga akhirnya memilih untuk meninggalkan perjuangan.

“Komitmen sepenuhnya mesti diberikan untuk menghadiri program-program tarbiyyah kerana itu adalah tanggungjawab bagi ahli gerakan bertujuan membentuk jatidiri melalui acuan perjuangan Islam tulen,” ujar beliau.

Beliau turut menjelaskan misi utama Pemuda PAS Perak yang meletakkan tiga peringkat utama, antara mengaplikasikan transfomasi imej dengan penerapan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).

Mencapai kemenangan PAS dalam Pilihan Raya akan juga antara misi Pemuda PAS Perak agar segala usaha meninggikan syariat Islam dalam negara mampu dilaksanakan bersama.

Dalam pembentangan itu juga peserta didedahkan berkaitan sasaran yang telah ditentukan oleh pemuda PAS kawasan oleh Sekretariat Pemuda PAS Perak sebagai penanda aras hasil setiap peringkat.