PAS TIDAK BERGANJAK
TEKS UCAPAN TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG, PRESIDEN PAS DI FASTAQIM
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ.
وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ.
“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (Surah Huud : 112 – 113)
Yang Berhormat pengerusi majlis, Sahibussamahah Tuan Guru Mursyidul Am, rakan-rakan daripada Parti Gagasan Sejahtera, Presiden Parti Ikatan, Parti Berjasa, dan seterusnya Kongres Rakyat.
Yang Dikasihi lagi dihormati Tmbalan Presiden, Naib-Naib Presiden PAS, Ketua-Ketua DUPP, DPPM, DMMP, DHPP, Ahli Majlis Syura Ulamak, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Pesuruhjaya-peruruhjaya Negeri, semua pemimpin-pemimpin masyarakat, hadirin hadirat semua yang hadir yang saya kasihi sekalian.
Kita namakan himpunan ini istiqamah, istiqamah dirterjemah dalam bahasa kita bermaksud terus di atas jalan yang betul. Allah Taala memerintah supaya Nabi Muhammad S.A.W beristiqamah dengan dihuraikan apa makna istiqamah. Nabi kita Muhammad S.A.W jugak menyuruh ummatnya beristiqamah apabila seorang sahabat bernama Sufyan bin Abdullah R.A berkata;
“Ya Rasulullah, katakan kepada saya apa itu islam secara terang, jelas, nyata supaya saya faham, tak perlu lagi saya tanya orang lain. Jawab Rasulullah S.A.W, katakan aku beriman kepada Allah kemudian beristiqamah.”
Istiqamah juga perintah Allah kepada semua Nabi-nabi dan Rasul-rasul A’laihi salatuwassalam. Allah Taala mengisahkan Nabi Musa dan Nabi Harun Alaihissalam, dua Rasul yang menghadapi kerajaan paling zalim dalam sejarah manusia, yang paling sesat. Firaun mengaku dirinya menjadi Tuhan yang memberi rezeki kepada rakyat, ada kuasa macam Tuhan, membunuh anak-anak lelaki yang dilahirkan, membunuh rakyat, memperhambakan rakyat, memperhambakan kaum wanita.
Allah mengutuskan Nabi Musa Alaihissalam berjuang menentang Firaun yang zalim dengan mukjizat yang menakjubkan, namun Firaun tidak menyerah kalah. Ramai Bani Israel dibunuh, dizalimi dengan begitu kejam. Pembangunan piramid yang dilihat di Mesir pada hari ini yang dianggap sebagai tamadun, dibina atas mayat manusia tapi dunia hari ini berbangga dengan tamadun yang zalim ini.
Musa alaihissalam berdoa kepada Allah S.W.T.
“Dan berkatalah Musa diaminkan oleh Nabi Harun A’laihissalam, Wahai Tuhan kami, mengapa diberikan Firaun kemewahan, kekayaan harta benda yang banyak, dengan kekayaan itu Firaun menyesatkan rakyat melakukan kezaliman, Wahai Tuhan binasakanlah harta mereaka, tutupkanlah pintu hati mereke. Sebenarnya mereka tidak beriman melainkan setelah mereka melihat azab yang amat membinasakan mereka.
“Tuhan menjawab, Wahai Musa dan Harun, kamu berdua mesti beristiqamah. Jangan kamu ikut jalan yang tidak beriman.
Apa makna Istiqamah? Imam Fakhruzzai , tokoh yang terkenal menyatakan dalam tafsirnya istiqamah makna tegak di atas aqidah dan syariat; tidak berganjak dengan Islam dan berjuang untuk menegakkan syariat. Ini makna istiqamah.
PAS telah meletakkan Islam menjadi aqidah. PAS telah meletakkan syariat sebagai perjuangan, PAS tidak berganjak terus konsisten dan istiqamah di atas dua prinsip dan konsep ini. Kita tak berganjak walaupun kita menghadapi cabaran-cabaran yang banyak.
Walaupun didesak supaya kita meninggalkan Islam, kita tak meninggalkan Islam jadi dasar perjuangan. Pelbagai sekatan dilakukan, usaha untuk mengharamkan PAS, membuang perkataan Allah dan Muhammad, membuang simbol bulan sebagai simbol agama, pelbagai langkah diambil.
PAS tidak berganjak bahkan ada cadangan supaya membuang perkataan Islam dalam nama PAS oleh perdana Menteri pada tahun 90-an. Kita tahu nama dia. Alhamdulillah majlis raja-raja tuanku menyerahkan pada mufti . Mufti membuat perbinangan sesama mufti apakah hukum menggunakan Islam kepada parti politik.
Majlis fatwa kebangsaan membuat keputsan, dengan perintah majlis raja-raja tak menjadi salah, perkataan Islam dinamakan kepada parti politik dengan syarat jangan salah gunakan.
Dan PAS telah meletakkan di dalam undang-undang tubuh dalam perlembagaan, Islam adalah tertinggi, hukum tertinggi dalam PAS ialah Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulamak dan Kias. Ini istiqamah.
Kita tak berganjak, orang tak boleh kata apa. Terbukti PAS istiqamah. Walaupun pimpinannya silih berganti sama ada mati ataupun melarikan diri, melompat, menyeleweng, PAS tidak berganjak. Rakyat bersama dengan PAS. Mereka meninggalkan PAS terjun dengan labu-labunya sekali. Hilang mereka dalam lipatan sejarah. PAS terus hidup, makin hari makin berkembang, makin hari makin ramai pengikut, yang kita saksikan pada hari ini.
Pasang surut pilihan raya tidak menjadi ukuran, kalah menang pilihan raya tidak menjadi ukuran, PAS terus menjadi parti yang segar. Banyak parti-parti dalam dunia bila tak menang pilihan raya, mati kerana kehidupannya dengan pilihan raya. Kita tak mati dengan kalah pilihan raya bahkan kita jadi makin kuat.
Yang kedua, perjuangan menegakkan syariat, kita tidak berganjak, kita menghadapi ujian dalam tahun 50-an dicemuh kerana berjuang untuk menegakkan syariat. Tahun 50-an, berbagai kata-kata, syariat Islam yang PAS perjuangkan ini menyebabkan huru hara di Malaysia. “Akan banyak orang yang kudung, banyak orang yang cacat, syariat ini tak boleh diterima oleh rakyat.” Kita menghadapi ujian ini. Kita tidak gopoh walaupun kita menang di Terengganu, menang di Kelantan, kita tak laksanakan lagi kerana kita tahu ‘size’ rakyat Malaysia pada masa itu.
Banyak pemimpin yang ditahan dibawah ISA, ulamak-ulamak ditahan, dengan fitnah kafir mengkafir kita menyedari bahawa masyarakat kita rata-rata orang melayu jahil. Orang yang bukan Islam lagi jauh dengan Islam, tak tahu Islam. Kita sabar.
Akhirnya kita dijatuhkan di Terengganu. Kita terus memilih demokrasi, ini istiqamah kita, kita tidak memilih lain pada demokrasi kerana kita menyedari bahawa perjuangan dalam negara mesti dengan damai, mesti saluran demokrasi walaupun kita masyarakat majmuk berbagai kaum, berbagai pandangan, demokrasi kita pilih kerana memilih lain dari demokrasi menimbulkan pertembungan di kalangan rakyat sesama sendiri, boleh merosakkan negara dengan lebih rosak, kita sabar walaupun lambat menang.
Alhamdulillah,tahun 1990 kita menang di Kelantan. 1999 menang pula di Terengganu, menang kerajaan campuran. Bila kita menang di Kelantan, kita teruskan perjuangan untuk menegakkan syariat. Bila kita menang di Kelantan, Perdana Menteri pada masa itu mencabar kerajaan PAS Kelantan. Mana dia hudud? Mana dia undang-undang syariat? Mana? Dia cabar seolah-olah kerajaan pusat sedia bekerjasama untuk melaksanakan syariat lalu kita laksanakan syariat melalui proses demokrasi.
Ditubuh jawatankuasa khas melibatkan ulamak, melibatkan ahli-ahli akademik, melibatkan pakar-pakar kehakiman dalam negara, mereka yang tersohor bukan sahaja pemimpin-pemimpin PAS termasuk Tok Salleh Abbas, bekas ketua hakim negara, Professor Ahmad Ibrahim tokoh undang-undang yang terkenal dan terlibat dalam menggubal perjuangan menegakkan syariat, dan kita lulus Rang Undang-Undang pelaksanaan syariat di Kelantan melalui proses demokrasi.
Sebelum bawak ke dewan, kita turun kepada rakyat bincang, dengar pandangan umum setelah kita lulus melalui dewan negeri Kelantan, Perdana Menteri ketika itu tulis surat kepada Tok Guru yang berhormat Menteri Besar, Almarhum Tok Guru memberi amaran kalau Kelantan laksanakan syariat, kerajaan pusat akan bertindak namun kita tak berganjak, kita buat sekadar apa yang boleh kita buat, tutup tempat-tempat judi, tutup kedai arak pada orang Isam, benarkan pada orang bukan Islam sahaja itu hak orang bukan Islam.
Kita menang di Terengganu kita luluskan undang-undang di Terengganu, di bawak ke Mahkamah untuk menghalang pelaksanaan syariat. Kita tak berganjak.
Dan hari ini, kita mendapat satu kemajuan melalui 355. Hasil perbincangan kerajaan Kelantan dengan kerajaan pusat, sedikit kelonggaran setelah kita membawa pendekatan politik matang dan sejahtera, ta’awun dalam perkara baik, tak berta’awun dalam perkara kemungkaran.
Kerjasama perkara baik, perkara mungkar kita tak bekerjasama. Hasil perbincangan ini, berjaya di bawak ke Parlimen walaupun belum lagi diundi. Kerana dilihat perkembangan seterusnya masih banyak perkara teknikal.
Perkara yang baik kita boleh sama perkara yang tak baik kita beri amaran. Pesta arak yang disebut tadi, ini ada ura-ura nak buat pesta arak. Pesta arak, di sana ada perbezaaan antara membenarkan minuman arak kepada orang bukan Islam. Dia boleh minum arak di rumah dia, dalam kawasan dia, premis dia, nak mium sampai pecah perut, sila. Taka pa!
Tetapi kalua minum arak menyebabkan kemalangan jalanraya, boleh bertindak. Mengganggu ketenteraan awam boleh bertindak. Bila sebut pesta, pesta ini sudah lain. Pesta sudah ganggu masyarakat Islam menunjukkan kesombongan, menunjukkan kemegahan terhadap masyarakat yang lain, dan masyarakat majmuk tak jaga sesitiviti.
Ini sudah melampau. Kita tuggu apa tindakan kerajaan pusat, kita tunggu, apa tindakan kerajaan Selangor. Kita tunggu! Apa langkah mereka. PAS tidak boleh kerjasama dalam perkara kemungkaran ini. Ini contoh stiqamah kita. InsyaAllah kita akan hadapi pilihan raya dan PAS akan bertanding sebanyak –banyak kerusi dalam pilihan raya ini. InsyaAllah.
InsyaAllah, saya lihat kehadiran ramai orang muda pada malam ini menunjukkan sesuatu yang baik pada masa depan PAS. PAS parti yang masa depannya sangat baik. InsyaAllah kerana kita punya generasi muda yang ramai. Alhamdulillah. Marilah kita jadikan Fastaqim sebagai titik tolak untuk kerja kita seterusnya. Mudah-mudahan Allah S.W.T memberi pahala kepada semua yang terlibat dalam agenda kita demi keberadaan dan perhimpunan kita semua.
Dan marilah sama-sama kita akhiri perhimpunan ini dengan memanjatkan doa kepada Allah denga jumlah yang ramai. Allah yang maha Mendengar, yang maha pemurah yang mewajibkan dirinya dapat mendengar rayuan kita.