Home Berita PAS Terengganu

𝗭𝗔𝗛𝗜𝗗 𝗛𝗔𝗠𝗜𝗗𝗜 ‘𝗧𝗔𝗕𝗨𝗥 𝗗𝗨𝗜𝗧’ 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

12
SHARE

1. Pemuda PAS Terengganu memandang serius ucapan Zahid Hamidi, Presiden UMNO yang tanpa segan silu menabur peruntukan yang berjumlah lebih setengah juta ringgit untuk membeli undi anak muda Terengganu.

2. Ini jelas disebutkan dalam ucapannya, setelah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 70 ribu untuk Belia Ketengah, RM 250 ribu untuk Majlis Belia Negeri Terengganu dan RM 200 ribu untuk pasukan bermotosikal seluruh negeri Terengganu. Zahid telah mengikat peruntukan ini dengan ayat ;
“Asalkan pada 12 haribulan Ogos nanti, para belia mengikut Gelombang Biru (BN) dan Gelombang Merah (PH) yang ada di Negeri Terengganu”

3. Pemuda PAS Terengganu kesal dan kecewa dengan budaya politik wang yang cuba diterapkan oleh PH-BN kepada anak muda sempena Pilihan Raya Negeri.

4. Lebih menjengkelkan pengumuman politik wang ini dibuat dihadapan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang terkenal dengan laungan membanteras rasuah dalam setiap ucapannya. Apakah Anwar Ibrahim menjerkah Zahid Hamidi yang jelas menaburkan politik wang?

5. Politik wang merupakan politik kuno dan tidak bertamadun serta bertentangan dengan laungan Madani. Ini politik lapuk dan politik memperbodoh anak muda.

6. Namun, Pemuda PAS Terengganu juga yakin, anak muda yang ada turut merasakan jijik dengan pengumuman Zahid Hamidi tadi. Maka, referendum menolak politik wang yang Zahid cuba lakukan di Terengganu perlu kita suarakan pada 12 Ogos nanti.

7. Undi PAS-PN bererti kita menolak budaya politik wang yang digagaskan oleh Zahid Hamidi.

Ustaz Mohd Harun Esa
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu