1. PAS Wilayah Persekutuan menzahirkan rasa kesal dan mengecam keras tindakan pihak berkuasa yang menahan Ustaz Zaharuddin Muhammad di kediaman beliau sekitar jam 1.30 pagi. Tindakan keterlaluan pada waktu malam sebegini jelas menggambarkan betapa kerajaan hari ini semakin hilang kewarasan dalam mengurus suara rakyat yang berbeza pandangan.
2. Ustaz Zaharuddin bukanlah penjenayah, tetapi seorang pendakwah dan aktivis masyarakat yang istiqamah memperjuangkan hak rakyat. Suara lantang beliau dalam isu pengusiran penduduk Kampung Sungai Baru ternyata tidak disenangi pihak tertentu, lalu dijadikan alasan untuk menekan beliau dengan cara yang tidak adil.
3. Penahanan pada tengah malam dengan alasan yang tidak munasabah adalah tindakan yang kejam dan melanggar adab kemanusiaan. Ia tidak lain hanyalah usaha menakut-nakutkan rakyat agar tidak berani menegur penindasan yang sedang berlaku.
4. PAS Wilayah Persekutuan menegaskan bahawa hak rakyat mempertahankan rumah, tanah dan maruah mereka adalah hak yang dijamin undang-undang serta nilai keadilan Islam. Apabila suara rakyat ditindas demi melindungi kepentingan pemaju dan elit politik, itu adalah tanda pengkhianatan terhadap amanah rakyat.
5. Slogan Madani yang dilaungkan ternyata hanya sekadar retorik. Penindasan di Kampung Sungai Baru serta penahanan aktivis rakyat ini menjadi bukti bahawa kerajaan hari ini lebih cenderung menjaga kepentingan kapitalis daripada membela rakyat bawahan.
6. PAS Wilayah Persekutuan menyeru rakyat agar tidak gentar menghadapi tekanan sebegini. Penahanan Ustaz Zaharuddin adalah simbol bahawa kezaliman kini cuba dipertahankan dengan kuasa, namun sejarah membuktikan bahawa kezaliman tidak pernah kekal lama.
Firman Allah SWT:
Ψ₯ΩΩΩΩ Ψ¨ΩΨ·ΩΨ΄Ω Ψ±ΩΨ¨ΩΩΩΩ ΩΩΨ΄ΩΨ―ΩΩΨ―Ω
βSesungguhnya azab Tuhanmu amatlah dahsyat.β (Surah al-Buruj: 12)
7. Kami berdiri teguh bersama Ustaz Zaharuddin Muhammad dan seluruh penduduk Kampung Sungai Baru. PAS Wilayah Persekutuan menuntut agar beliau dibebaskan serta-merta tanpa syarat.
8. Keberanian rakyat tidak akan luntur dengan ugutan sebegini. Malah, tindakan zalim ini hanya akan menambahkan kekuatan tekad rakyat untuk terus bangkit menuntut keadilan dan menolak penindasan. PAS Wilayah Persekutuan akan tetap istiqamah di sisi rakyat dalam perjuangan ini.
USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
PAS Wilayah Persekutuan