Home Kenyataan Media PAS Wilayah

π—£π—˜π—₯π—žπ—”π—¦π—”π—žπ—”π—‘ π—¨π—‘π——π—”π—‘π—š-π—¨π—‘π——π—”π—‘π—š 𝗦𝗬𝗔π—₯π—œπ—”π—› π—¦π—˜π—šπ—˜π—₯𝗔, π—§π—”π—‘π—šπ—”π—‘π—œ π—šπ—˜π—π—”π—Ÿπ—” π—¦π—’π—‘π—šπ—¦π—”π—‘π—š π—¬π—”π—‘π—š π—žπ—œπ—”π—‘ π— π—˜π— π—•π—œπ— π—•π—”π—‘π—šπ—žπ—”π—‘

5
SHARE

 

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan memandang serius laporan pembebasan 171 lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti songsang di sebuah pusat spa di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Kejadian ini memperlihatkan kelemahan ketara dalam aspek perundangan dan prosedur penguatkuasaan sehingga menjejaskan kemampuan pihak berkuasa untuk bertindak tegas terhadap perlakuan sedemikian.

Perbuatan luar tabie bukan sahaja bercanggah dengan ajaran Islam, malah mencemarkan nilai moral, kesopanan serta kesejahteraan masyarakat. PAS Wilayah Persekutuan menegaskan bahawa memperkasakan dan mempertingkatkan Undang-undang Syariah adalah langkah paling tuntas dan berkesan dalam menangani masalah ini secara menyeluruh, selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Sehubungan itu, PAS Wilayah Persekutuan menggesa:

1. Kerajaan segera mempertingkatkan dan meminda Undang-undang Syariah

Agar peruntukan berkaitan kesalahan liwat, musahaqah dan perlakuan tidak bermoral menjadi lebih jelas, tegas dan menyeluruh. Pemerkasaan undang-undang Syariah terbukti mampu menjadi benteng paling efektif dalam membendung gejala songsang.

2. Undang-undang sivil turut diperkukuhkan

Meliputi peruntukan berkaitan kesalahan seksual luar tabie dan kesalahan tidak bermoral supaya proses pendakwaan tidak terhalang akibat kelemahan teknikal, termasuk isu permohonan reman atau prosedur siasatan.

3. Agensi penguatkuasaan diperkasa dengan sepenuhnya

Termasuk JAWI dan PDRM agar dilengkapi kuasa, garis panduan, latihan serta sokongan logistik yang mencukupi untuk memastikan operasi dan tindakan undang-undang dapat dijalankan secara profesional, pantas dan berkesan.

PAS Wilayah Persekutuan menegaskan bahawa isu ini tidak boleh dipandang remeh. Kerajaan mesti bertindak segera bagi menghalang gejala tidak bermoral ini daripada terus berleluasa dan merosakkan institusi keluarga, tatasusila masyarakat serta masa depan negara.

PAS Wilayah Persekutuan komited memperjuangkan pemerkasaan undang-undang Syariah, pembinaan masyarakat bermaruah dan penjagaan akhlak generasi akan datang.

β€œKEMBALI KEPADA PENYELESAIAN ISLAM”

Ustaz Abdul Rani Bin Mohamed Daud
Timbalan Pesuruhjaya 1
PAS Wilayah Persekutuan
01 Disember 2025