Tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang cuba merungkai undang-undang syariah merupakan langkah โjahatโ dan cuba mencabar kesabaran umat Islam.
Selepas masuk campur dalam pelbagai isu berkaitan Islam seperti etika berpakaian menutup aurat, larangan berjudi dan minum arak bagi umat Islam serta mempertahankan orang murtad, golongan ini semakin berani.
Kini mereka mengacau pula undang-undang syariah. Malang akan menimpa umat Islam jika cubaan puak ini berjaya, impak pembatalan kesalahan jenayah syariah ini begitu besar dan dahsyat sehingga boleh meruntuhkan keseluruhan undang-undang jenayah syariah negeri-negeri.
Bahkan boleh menyebabkan enakmen kesalahan jenayah syariah negeri โhilang bisaโ dalam menjaga dan melindungi umat Islam dalam negara ini. Itulah harga yang perlu dibayar jika umat Islam masih tidak mempedulikan isu ini sehingga membiarkan puak yang tidak takut dengan azab Allah ini bebas berbuat apa-apa.
Kes Nik Elin Zurina yang kini berada di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar sebahagian besar peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019, seharusnya membangkitkan kebimbangan umat Islam.
Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menggesa semua pihak bersatu hati dalam mendepani propanganda jahat musuh dengan bersama-sama menyertai Himpunan Selamatkan Syariah pada 9 Februari di Pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya.
DPPNT juga mahu Kerajaan Malaysia untuk lebih serius dan tegas bagi mempertahankan keutuhan syariat Islam di Malaysia. Hak umat Islam harus dilindungi dengan tegas tanpa kompromi oleh mana-mana pihak.
Kami juga menyeru agar Kerajaan Malaysia mencontohi Terengganu yang sedang giat untuk menegakkan syariat Islam meskipun ada pihak yang berusaha sebaliknya.
Pelbagai program pendidikan bagi mengasah kefahaman berkenaan hidup bersyariat seperti Simposium Pelaksanaan Syariah Terengganu dalam Itqan al-Muluk Bitaโdil Assuluk, kempen Indahnya Hidup Bersyariah, penganjuran Bulan Penghayatan Ibadah Solat dan Terengganu Hijab Day merupakan langkah yang diambil Kerajaan Negeri.
Tindakan ini wajar ditiru kerana ini akan mendekatkan rakyat dengan syariat, bukan menjauhkan apatah lagi menghalang.
๐๐จ๐ฉ๐๐ฏ ๐๐ค๐๐ ๐๐๐ง๐ช๐ฃ ๐๐๐ฃ ๐๐จ๐
๐๐ฆ๐ต๐ถ๐ข
๐๐ฆ๐ธ๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ฅ๐ข ๐๐๐ ๐๐ฆ๐จ๐ฆ๐ณ๐ช ๐๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฏ๐จ๐จ๐ข๐ฏ๐ถ ๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ๐ฌ๐ข๐ฑ
๐๐๐ ๐๐ฆ๐ธ๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ฅ๐ข ๐๐๐ ๐๐ข๐ญ๐ข๐บ๐ด๐ช๐ข