๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐ง๐-๐๐๐ง๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐๐๐๐ฅ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐
Pentadbiran sesuatu organisasi perlulah kepada pertimbangan majoriti ahli bagi membentuk keharmonian dalam organisasi tersebut.
Begitulah gambaran yang boleh diolah dalam mentadbir negara terutamanya negara Malaysia yang tercinta ini.
Rakyat majmuk yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Melayu dan Islam mestilah diambil pandangannya.
Sebagaimana sejarah yang tidak menipu kita, Setelah Islam berkembang dan dianut oleh berbagai-bagai bangsa ke seluruh pelosok dunia, maka ketua wilayah telah dilantik daripada kalangan kaum setempat yang menganut Islam.
Apabila kaum setempat itu merupakan kelompok yang paling kuat dan berpengaruh, maka dilantik seorang ketua negara Islam yang besar daripada kalangan bangsa bukan Arab seperti bangsa Turki, Kurdi dan lain-lain.
Negara Malaysia yang mencapai kemerdekaannya telah meletakkan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan menjadi agama bagi Persekutuan mengikut desakan parti-parti yang ada sejak awal proses menuntut kemerdekaan.
Sepatutnya Islam dalam Perlembagaan Persekutuan ditafsirkan mengikut makna al-din daripada bahasa al-Quran, bukan dengan perkataan agama dalam bahasa lain yang memberikan makna daripada konsep sekularisme yang salah kerana bercanggah dengan ajaran Islam.
Inilah titik persamaan antara PAS dan UMNO (termasuk komponen Parti Perikatan) yang berada dalam Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1955 Pra-Kemerdekaan, ketika DAP dan rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan belum wujud.
Maka, Lim Kit Siang jangan bersikap celupar menyatakan negara ini tidak menghalang seorang bukan Melayu dari menjadi seorang Perdana Menteri tetapi berpijaklah dibumi yang nyata pemimpin Melayu & Islam menjaga semua bangsa negara ini.
๐๐จ๐ฉ๐๐ฏ ๐๐ค๐๐ ๐๐๐ง๐ช๐ฃ ๐๐จ๐
๐๐ฆ๐ต๐ถ๐ข ๐๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ฅ๐ข,
๐๐ฆ๐ธ๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ฅ๐ข ๐๐๐ ๐๐ฆ๐จ๐ฆ๐ณ๐ช ๐๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฏ๐จ๐จ๐ข๐ฏ๐ถ