Sukan Pantai Gamit Memori
Oleh: Aisyah Yamin
KUALA NERUS, 30 Sept – Rata-rata muslimat yang hadir ke Fastaqim 2.0 turut menyertai Sukan Pantai di Kuala Nerus, hari ini.
Ketua Dewan Muslimat Malaysia, Ustazah Nuridah Salleh berkata acara bersempena Sukan Pantai Fastaqim menawarkan lebih sepuluh acara bersesuaian dengan saranan gaya hidup sihat seperti mana anjuran Islam.
“Ibadah khusus dalam Islam sebenarnya memerlukan kepada kesihatan dan tubuh badan yang sihat,” ujar beliau ketika mengulas berkenaan matlamat ibadah dan kesihatan.
Dalam pada itu, salah seorang peserta berkata acara yang dipertandingkan juga mengembalikan nostalgia zaman mereka membesar seperti musang berjanggut, manik, sandwich ibu dan anak dan sebagainya.
“Acara ini menyaksikan telatah lucu dalam kalangan ibu dan anak ” katanya ketika ditemui dalam acara pertandingan sandwich ibu dan anak.
Sukaneka sebegini memberi peluang kepada para pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat untuk turun padang dan beramah mesra dengan orang ramai khusunya penduduk sekitar Pantai Tok Jembal.