Home Minda Presiden

ZIONIS MENJADIKAN DUNIA DIKUASAI UNDANG-UNDANG BINATANG DI RIMBA

32
SHARE
Minda Presiden PAS
[Bil: 22 / 2025]

ZIONIS MENJADIKAN DUNIA DIKUASAI UNDANG-UNDANG BINATANG DI RIMBA


Masyarakat dunia kini menghadapi ancaman hilangnya nilai kemanusiaan dan perikemanusiaan sejagat yang bersifat berkeluarga besar dan bermasyarakat, serta berhubungan dan bertolong-tolongan secara majmuk dalam keadaan berbagai-bagai bangsa dan agama. Di samping itu, Islam menggalakkan bekerjasama dalam titik persamaan dan bertoleransi dalam perbezaan, mengikut sempadan fitrah dan berpandukan akal bagi mengawal nafsu kebinatangan.

Kini, kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah merosakkan diri sendiri dan memusnahkan alam sekeliling. Perlumbaan mencipta senjata pemusnah dalam kalangan kuasa besar yang kembali menjajah menjadikan manusia lebih ganas daripada binatang di rimba.

Hal ini demikian kerana, adanya undang-undang antarabangsa yang tidak bermaya, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang tidak boleh dilaksanakan keputusannya dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi kuasa veto pembatal kepada negara besar bagi membatalkan keputusannya. Maka, undang-undang antarabangsa laksana sarang labah-labah yang menahan serangga kecil, tetapi boleh dirempuh oleh burung yang besar.

Dunia kini dipengaruhi oleh para pemimpin yang sikapnya rakus dengan nafsu kebinatangan, meskipun mempunyai akal yang tidak ada pada binatang. Hal ini menjadikan manusia yang bernafsu dan berakal lebih ganas daripada binatang yang tidak berakal apabila menggunakan akalnya. Sehingga berlakunya pergaulan bebas tanpa sempadan dan peperangan yang melampaui batas kemanusiaan.

Siapa yang kuat dijadikan penentu kebenaran dan keadilan mengikut nafsu yang mengagungkan harta dan takhta. Keadaan ini laksana binatang buas di rimba belantara yang ditentukan oleh binatang yang paling kuat dan ganas.
Kini, dapat disaksikan keganasan melampau yang disambung lagi oleh Yahudi Zionis di Palestin setelah merompak tanah air daripada penduduk asal Palestin bagi dijadikan negaranya. Palestin bukan lagi hak kaum Yahudi kerana mereka hilang kelayakan disebabkan menentang Allah, membunuh para anbiya’ yang dilantik oleh Allah dan para pemimpin yang menegakkan jalan yang betul dan adil. Firman Allah SWT:

…وَضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلۡمَسۡكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٖ مِّنَ ٱللَّهِۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُواْ يَكۡفُرُونَ بِ‍َٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّۗ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ ٦١

“…Lalu ditimpakanlah ke atas mereka kenistaan dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan. Demikian itu (terjadi) kerana mereka selalu berbuat derhaka dan melampaui batas.” [Surah al-Baqarah: 61]

Firman Allah SWT lagi:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡفُرُونَ بِ‍َٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ بِغَيۡرِ حَقّٖ وَيَقۡتُلُونَ ٱلَّذِينَ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡقِسۡطِ مِنَ ٱلنَّاسِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ٢١ أُوْلَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ حَبِطَتۡ أَعۡمَٰلُهُمۡ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِ وَمَا لَهُم مِّن نَّـٰصِرِينَ ٢٢

“Sesungguhnya, orang-orang yang kufur kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, maka gembirakanlah mereka bahawa mereka akan menerima seksa yang pedih. (21) Mereka itu ialah orang-orang yang lenyap (pahala) amal-amalnya di dunia dan akhirat, dan mereka sekali-kali tidak memperoleh penolong. (22)” [Surah Ali ‘Imran: 21-22]

Kaum Yahudi Zionis berpegang kepada kepercayaan sesat bahawa bangsa Yahudi adalah manusia paling mulia bersumberkan kitab Taurat yang telah diselewengkan. Adapun bangsa lain ialah binatang berwajah manusia yang boleh diperhambakan dan halal darahnya. Mereka berjuang bagi menegakkan Negara Agung Israel di bumi Palestin, tanah suci para anbiya’ yang pernah dipimpin oleh Nabi Daud AS sebagai khalifah dan Nabi Sulaiman AS sebagai raja yang menegakkan petunjuk Allah. Negara yang diizinkan kepada para rasul dan orang-orang yang beriman sahaja.

Firman Allah SWT:

وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا مُوسَى ٱلۡكِتَٰبَ فَلَا تَكُن فِي مِرۡيَةٖ مِّن لِّقَآئِهِۦۖ وَجَعَلۡنَٰهُ هُدٗى لِّبَنِيٓ إِسۡرَآءِيلَ ٢٣ وَجَعَلۡنَا مِنۡهُمۡ أَئِمَّةٗ يَهۡدُونَ بِأَمۡرِنَا لَمَّا صَبَرُواْۖ وَكَانُواْ بِ‍َٔايَٰتِنَا يُوقِنُونَ ٢٤ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ يَفۡصِلُ بَيۡنَهُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ فِيمَا كَانُواْ فِيهِ يَخۡتَلِفُونَ ٢٥ أَوَ لَمۡ يَهۡدِ لَهُمۡ كَمۡ أَهۡلَكۡنَا مِن قَبۡلِهِم مِّنَ ٱلۡقُرُونِ يَمۡشُونَ فِي مَسَٰكِنِهِمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٍۚ أَفَلَا يَسۡمَعُونَ ٢٦

“Dan sesungguhnya, telah Kami kurniakan al-Kitab (Taurat) kepada Musa (sebagaimana Kami memberikan al-Quran kepadamu wahai Muhammad), maka janganlah kamu (Muhammad) meragui bahawa Musa bertemu dengan Allah (untuk menerima Taurat) dan Kami jadikan kitab Taurat itu hidayah bagi Bani Isra’il. (23) Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami selagi mereka bersabar (dalam menjalankan tugas itu) dan mereka tetap meyakini ayat-ayat Kami. (24) (Pertentangan antara satu golongan dengan yang lain itu), sesungguhnya Tuhanmu sahajalah yang akan memutuskan hukum-Nya antara mereka pada Hari Kiamat tentang apa yang selalu mereka perselisihkan padanya. (25) Dan apakah tidak menjadi petunjuk bagi mereka, berapa banyak umat sebelum mereka yang telah Kami binasakan sedangkan mereka sendiri berjalan di tempat-tempat kediaman mereka itu? Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah). Maka, apakah mereka tidak mendengarkan? (26)” [Surah al-Sajdah: 23-26]

Apabila mereka berlaku zalim dengan membunuh para rasul dan raja yang beriman, hilanglah kelayakan mereka. Firman Allah SWT:

وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغۡلُولَةٌۚ غُلَّتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْۘ بَلۡ يَدَاهُ مَبۡسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيۡفَ يَشَآءُۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرٗا مِّنۡهُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ طُغۡيَٰنٗا وَكُفۡرٗاۚ وَأَلۡقَيۡنَا بَيۡنَهُمُ ٱلۡعَدَٰوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِۚ كُلَّمَآ أَوۡقَدُواْ نَارٗا لِّلۡحَرۡبِ أَطۡفَأَهَا ٱللَّهُۚ وَيَسۡعَوۡنَ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَسَادٗاۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ ٦٤

“Orang-orang Yahudi berkata, ‘Tangan Allah terbelenggu.’ Sebenarnya, tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa-apa yang telah mereka katakan itu. (Tidak demikian), tetapi kedua-dua Tangan Allah terbuka; Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki. Dan al-Quran yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu sungguh-sungguh akan menambah kederhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan mereka. Dan Kami telah menimbulkan permusuhan dan kebencian antara mereka sampai Hari Kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya, dan mereka berbuat kerosakan di muka bumi, dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan.” [Surah al-Ma’idah: 64]

Mereka menguasai ekonomi dunia dengan kekayaan yang melampau secara haram melalui penjajahan, penindasan dan penipuan. Dengan pengaruh wang, mereka menguasai kepimpinan negara-negara besar, khususnya terkini Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Sehingga turut mempengaruhi negara Islam dan Arab, serta pertubuhan antarabangsa, media dan perdagangan.

Presiden Amerika Syarikat yang baru sahaja memenangi pilihan raya dengan sokongan mereka telah membuat kenyataan terbuka untuk membantu Zionis melalui pembekalan segala bentuk persenjataan. Ini termasuklah senjata yang dilarang oleh undang-undang antarabangsa kerana kesan pemusnahannya yang melampau.

Namun begitu, Amerika Syarikat dan Eropah tanpa bermaruah melabel Palestin dan semua pihak yang membantu Palestin sebagai pengganas dan pelampau. Sehinggakan, mereka menyerang Yaman kerana menyokong Palestin, mengancam Iran dan semua negara yang menentang Zionis.

Adapun Zionis dan semua negara yang bersamanya berlagak menjadi pendamai dan pengaman. Mereka mengajak bersama negara Arab dan Islam menjadi pihak yang mendamaikan dengan berpihak kepada Israel dan memaksa pihak Palestin menyerah kalah. Pada masa yang sama, mereka membekalkan senjata yang bertali arus kepada Zionis dan ikut bersama mengerahkan bala tentera menyerang negara-negara yang membantu Palestin.

Pihak Zionis dan sekutunya melancarkan serangan, termasuklah terhadap sasaran awam sehingga membunuh semua penduduk, bukan sahaja sasaran tentera. Mereka juga melancarkan serangan ganas yang melampau tanpa sempadan kemanusiaan dan alam sekitar atas nama keamanan. Sedangkan, ia merupakan bahasa bohong yang nyata tanpa moral kemanusiaan, menepati amaran Allah melalui firman-Nya:

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُعۡجِبُكَ قَوۡلُهُۥ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَيُشۡهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلۡبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلۡخِصَامِ ٢٠٤ وَإِذَا تَوَلَّىٰ سَعَىٰ فِي ٱلۡأَرۡضِ لِيُفۡسِدَ فِيهَا وَيُهۡلِكَ ٱلۡحَرۡثَ وَٱلنَّسۡلَۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡفَسَادَ ٢٠٥ وَإِذَا قِيلَ لَهُ ٱتَّقِ ٱللَّهَ أَخَذَتۡهُ ٱلۡعِزَّةُ بِٱلۡإِثۡمِۚ فَحَسۡبُهُۥ جَهَنَّمُۖ وَلَبِئۡسَ ٱلۡمِهَادُ ٢٠٦

“Dan antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal dialah penentang yang paling keras. (204) Dan apabila dia berpaling (daripada kamu), dia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya serta merosakkan tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan. (205) Dan apabila dikatakan kepadanya, ‘Bertaqwalah kepada Allah,’ bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka, cukuplah (balasannya) Neraka Jahannam. Dan sungguh, Neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya. (206)” [Surah al-Baqarah: 204-206]

Adapun mereka yang mempertahankan agama dan umatnya dipuji oleh Allah, sebagaimana firman-Nya:

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَشۡرِي نَفۡسَهُ ٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ رَءُوفُۢ بِٱلۡعِبَادِ ٢٠٧

“Dan antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya.” [Surah al-Baqarah: 207]
Percayalah bahawa kuasa besar yang mengganas dan negara-negara di bawah naungannya sepanjang zaman akan menerima hukuman Allah yang pasti akan menamatkan riwayat mereka, sebagaimana yang berlaku pada zaman dahulu. Firman Allah SWT:

وَقَٰرُونَ وَفِرۡعَوۡنَ وَهَٰمَٰنَۖ وَلَقَدۡ جَآءَهُم مُّوسَىٰ بِٱلۡبَيِّنَٰتِ فَٱسۡتَكۡبَرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَمَا كَانُواْ سَٰبِقِينَ ٣٩ فَكُلًّا أَخَذۡنَا بِذَنۢبِهِۦۖ فَمِنۡهُم مَّنۡ أَرۡسَلۡنَا عَلَيۡهِ حَاصِبٗا وَمِنۡهُم مَّنۡ أَخَذَتۡهُ ٱلصَّيۡحَةُ وَمِنۡهُم مَّنۡ خَسَفۡنَا بِهِ ٱلۡأَرۡضَ وَمِنۡهُم مَّنۡ أَغۡرَقۡنَاۚ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيَظۡلِمَهُمۡ وَلَٰكِن كَانُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ يَظۡلِمُونَ ٤٠

“Dan (ingatkanlah juga peristiwa kebinasaan) Qarun dan Firaun serta Haman. Dan sesungguhnya, Nabi Musa telah datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang jelas nyata, lalu mereka berlaku sombong takbur di bumi (mendustakannya), padahal mereka tidak dapat melepaskan diri (daripada azab Allah). (39) Maka, masing-masing (mereka itu) Kami binasakan disebabkan dosanya, maka antara mereka ada yang Kami timpakan hujan batu kerikil; dan ada yang dibinasakan dengan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami benamkan ke dalam bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. (40)” [Surah al-‘Ankabut: 39-40]

Firman Allah SWT:

أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ ٦ إِرَمَ ذَاتِ ٱلۡعِمَادِ ٧ ٱلَّتِي لَمۡ يُخۡلَقۡ مِثۡلُهَا فِي ٱلۡبِلَٰدِ ٨ وَثَمُودَ ٱلَّذِينَ جَابُواْ ٱلصَّخۡرَ بِٱلۡوَادِ ٩ وَفِرۡعَوۡنَ ذِي ٱلۡأَوۡتَادِ ١٠ ٱلَّذِينَ طَغَوۡاْ فِي ٱلۡبِلَٰدِ ١١ فَأَكۡثَرُواْ فِيهَا ٱلۡفَسَادَ ١٢ فَصَبَّ عَلَيۡهِمۡ رَبُّكَ سَوۡطَ عَذَابٍ ١٣ إِنَّ رَبَّكَ لَبِٱلۡمِرۡصَادِ ١٤

“Adakah kamu tidak memerhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Ad? (6) (Iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi. (7) Yang belum pernah dibangunkan (suatu kota) seperti itu di negeri-negeri lain. (Dan kaum Thamud yang memotong batu-batu besar di lembah. (9) Dan kaum Firaun yang mempunyai pasak-pasak (tentera yang banyak). (10) Yang berbuat sewenang-wenang di dalam negeri. (11) Lalu mereka berbuat banyak kerosakan di dalam negeri itu. (12) Kerana itu, Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab. (13) Sesungguhnya, Tuhanmu benar-benar mengawasi. (14)” [Surah al-Fajr: 6-14]

Semua kuasa besar sepanjang zaman telah menerima nasib yang sama. Maka, percayalah bahawa Zionis dan semua negara yang berada di bawah pengaruhnya juga akan menerima ajal yang sama.

Situasi tegang melampau dalam dunia kini menjadi ujian kepada umat Islam, sama ada Islamnya benar beristiqamah ataupun munafiq. Ada yang beristiqamah bersama Islam, tetapi ada juga yang munafiq dan mencabut Islamnya serta sedia mengadakan normalisasi dengan Zionis dan konco-konconya.

Firman Allah SWT:

الٓمٓ ١ أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ ٢ وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَٰذِبِينَ ٣

“Alif lam mim. (1) Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, ‘Kami telah beriman,’ sedangkan mereka tidak diuji lagi? (2) Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka, sesungguhnya, Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya, Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (3)” [Surah al-‘Ankabut: 1-3]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 23 Ramadan 1446 / 24 Mac 2025