OLEH: SITI AISYAH FADZIL
TITIWANGSA, 24 MAC: Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Zon Pandan Titiwangsa, mengadakan program Ziarah Kasih serta menghulurkan sumbangan kepada golongan asnaf di PPR Hiliran Ampang.
Turut bersama pimpinan PAS Kawasan Titiwangsa ialah YangDipertua PAS Tn Hj Khairul Anuar Abd Manap, Naib YangDipertua Ustaz Haji Abdul Hadi Abd Halim serta beberapa AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan, diketuai oleh Sharifah Rashida Sayed Idrus telah menyantuni keluarga asnaf yang terdiri daripada OKU,Ibu Tunggal dan Warga Emas
Antaranya, Sarinah Abd Samad yang mengalami kecacatan anggota kaki akibat kencing manis kronik, anaknya yang berusia 14 tahun terpaksa berhenti sekolah kerana menjaga ibunya yang sakit. Badariah Mangsor pula mempunyai anak down syndrome yang berusia 9 tahun tidak menerima mana mana bantuan setakat ini. Sumbangan keperluan telah diberikan kepada penerima.
Sesi ziarah diteruskan dengan menghulurkan sumbangan barang dapur dan wang tunai bersama pimpinan PAS di rumah seorang penyokong tegar PAS, Rahman Ali yang mengalami sakit kaki menyebabkan tidak boleh berjalan.
Sharifah Rashida yang juga merupakan Ketua Muslimat menyeru lebih ramai dermawan menghulurkan sumbangan untuk disalurkan kepada insan-insan yang benar-benar memerlukan agar dapat mengurangkan bebanan dan masalah kewangan yang mereka hadapi.