Home Berita PAS Pahang

Ziarah pusat jagaan sempena Tahun Baharu Cina

62
SHARE

Oleh : WAN MUHAMAD AZMI MAMAT

KUANTAN, 8 Feb – “Hampir setiap tahun kita menziarahi penghuni pusat jagaan di sini sempena Tahun Baharu Cina,”.

“Kita tanya khabar mereka, beri hamper dan angpau untuk gembirakan hati mereka,”.

Begitulah kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Lumpur Ustaz Rosli Abdul Jabar yang juga sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang.

PAS Kawasan Kuantan telah menyantuni penghuni pusat jagaan warga emas Lucky Care Home di Seri Teruntum di sini kelmarin.

Menurut Pengurus pusat jagaan, Loo Ah Yoong, seramai 13 orang warga emas tinggal di situ dan kebanyakkan mereka berasal di sekitar Kuantan.

PAS juga sentiasa berkongsi kegembiraan dengan semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama.

Program ziarah itu bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan baik dan berkongsi kegembiraan sempena Tahun Baharu Cina yang bakal menjelma.

Selain pusat jagaan tersebut, hamper dan angpau juga diberi kepada penjaga Tokong di Kampung Baru Seri Teruntum Kuantan.

Turut hadir adalah Timbalan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Kuantan, Wan Razali Wan Nor yang juga sebagai Ahli Parlimen Kuantan, juga Ketua Sidang As-Sabiqun Pahang Ustaz Ismail Mohamad.