Home Berita PAS Pahang

Ziarah prihatin menyentuh hati pesakit

11
SHARE

Oleh : JARIAH ISMAIL

Raub, 25 Apr – Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Raub Zafirah Zainudin merasa terharu dengan kunjungan Ketua Muslimat PAS Malaysia Ustazah Nuridah Mohd Salleh di kediaman bapanya di sini kelmarin.

“Alhamdulillah, saya rasa sangat terharu dengan kunjungan Ustazah Nuridah bersama pembantunya Ustazah Zurina ketika saya sedang sakit. Kehadirannya di saat-saat begini menunjukkan rasa prihatin dan kasih sayang yang ditujukkan oleh seorang pemimpin,” ujar beliau.

Beliau telah menjalani pembedahan akibat berlakunya pembengkakan di dalam ususnya di Hospital Lipis baru-baru ini, kini berada dalam tempoh pemulihan dalam pengawasan ahli keluarganya, sementara menunggu tarikh rawatan selanjutnya di hospital.

Nuridah Mohd Salleh telah menyampaikan sedikit sumbangan dari orang ramai tanda simpati semoga dapat meringankan sedikit bebanan pesakit dan keluarganya.

Ziarah prihatin ini turut dihadiri oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Raub Habidah Salleh bersama Bendaharinya Dr. Ruzana Hanan serta ahli jawatankuasa yang lain.