Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar
Oleh : Mus’ab
SUNGAI NIPAH, 3 Oktober – Agenda kebajikan dan kemasyarakatan yang menjadi keutamaan dalam era pandemik ini diteruskan lagi dengan ziarah dan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan.
PAS Cawangan Sungai Nipah melalui ketua cawangan, Ustaz Ramly Said telah menyampaikan 3 bakul prihatin kepada 3 buah keluarga yang memerlukan di kala kekangan wabak ini.
“Semoga dengan sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan serba sedikit bebanan kewangan yang dihadapi keluarga penerima” ujar Ustaz Ramly Said.
Objektif utama ziarah ini adalah untuk menziarahi serta bertanya khabar kesihatan dan keadaan warga emas yang uzur dan memerlukan perhatian lanjut.
Ziarah ini merupakan aktiviti yang dibuat secara berkala demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan kelompok kejiranan yang memerlukan bantuan dan sokongan.
Turut hadir dalam program ziarah tadi ialah Nazri Sungit, Ketua Penerangan Cawangan.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor