Home Artikel PAS Sabah

Ziarah penghidap Kanser tahap 4

1070
SHARE

Oleh : Julaila Ismail
03 Februari 2020

KINABATANGAN. Dewan Muslimat PAS Kawasan Kinabatangan turun menyelami nasib seorang ayah tunggal bernama Suno Bin Tuton di Kampung Lot M, Kinabatangan pada sabtu lepas.

Suno yang disahkan menghidap Kanser Perut, tahap 4 telah dikesan sejak tahun lepas lagi menyara sepenuhnya 3 orang anaknya terdiri daripada seorang OKU dan 2 org lagi masih bersekolah di sekolah menengah.

Suno juga tidak mempunyai pendapatan tetap kerana sering sakit dan cuma mengharap bantuan keluarga terdekat bagi menampung kehidupan sekeluarga serta kos-kos pengurusan rawatannya.

Ziarah sumbangan yang diketuai oleh  Nur Izzati Yusof, Ketua LKK DMPNS merangkap Timbalan 3 LKK PAS Negeri Sabah hadir menziarahi beliau dengan dan mengambil kesempatan memberi sumbangan berupa wang tunai berjumlah RM1000.

Berkata dalam program Ziarah ini, Nur Izzati Yusof, Ketua LKK DMPNS merangkap Timbalan 3 LKK PAS Negeri Sabah berharap semoga sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban Suno dan berdoa agar beliau diberikan kesembuhan serta dipermudahkan urusan selepas ini.

Turut hadir dalam ziarah ini adalah, Innah Bin Tuton merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Kinabatangan, Salmiah Sultana, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kinabatangan serta Kastiya Pudding selaku Ketua Lajnah Kebajikan Dan  Kemasyarakatan PAS Kawasan Kinabatangan serta beberapa orang AJK PAS Kinabatangan.