Home Berita PAS Selangor

Ziarah pemuda dikurniakan cahaya mata kembar – Lajnah Kabajikan DPPK Kuala Selangor

27
SHARE

May be an image of 3 people, child, people sitting and indoor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor

KUALA SELANGOR, 2 November – Alhamdulillah pada 30 Oktober 2021 yang lalu wakil Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor (DPPKKS) berkesempatan menziarahi keluarga Saudara Fathi Rashid yang baru dikurniakan cahaya mata pada awal bulan Oktober ini.

Rombongan diketuai oleh Ketua Lajnah Kebajikan DPPKKS sesi 2021/2023, Saudara Syed Sufian bin Syed Othman diiringi timbalannya Ustaz Azri Safwan bersama barisan EXCO DPPKKS telah meluangkan masa untuk menziarahi dan menyampaikan sedikit cenderahati kepada keluarga tersebut.

Uniknya ziarah pada kali ini, Saudara Fathi yang juga merupakan anak kepada Cikgu Rashid Muhmmad Kassim, YDP PAS Kawasan Kuala Selangor dikurniakan anak kembar lelaki yang semestinya menambah keterujaan keluarga ini.

Sekalung ucapan tahniah dan semoga kehadiran anak-anak ini menjadi penyejuk mata buat Saudara Fathi sekeluarga.

“Demi Islam, Sedia Berjuang”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor